Monday 16 January 2012

PARASIT DALAM PAS AKAN DIDEDAH.... !!!!

hasan-baru-ok

DR HASSAN ALI AKAN DEDAHKAN PARASIT DALAM PAS SEMASA ROAD SHOW SELURUH NEGARA......
Bekas pemimpin PAS yang dipecat Datuk Dr Hasan Ali  akan mendedahkan mengenai kewujudan kumpulan parasit yang semakin menular hingga merosakkan asas dan perjuangan parti itu.
Dakwa beliau, kumpulan parasit berkenaan kini semakin menguasai hala tuju PAS termasuk dalam isu pemecatannya.
"Golongan parasit dalam PAS begitu kuat sehingga pucuk pimpinan terpaksa tunduk kepada mereka. Inilah yang sedang berlaku dalam PAS.
"Golongan parasit yang jumlahnya lebih besar dan menggunakan strategi yang licik telah berjaya mengubah hala tuju PAS," katanya pada sidang media terbarunya di kediamannya di Taman Tun Dr Islam , Kuala Lumpur pagi Isnin.
Jelas Hasan, beliau akan mendedahkan pemimpin PAS yang bertindak sebagai parasit dalam parti itu menerusi  satu road show di seluruh negara dalam masa terdekat.
hasan-baru-1xxx

Beliau juga akan membongkar peranan DAP dan PKR di dalam PAS ketika itu nanti.
Beliau juga ditanya mengenai temubual ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam BBC - Anwar sokong hapuskan undang-undang lapuk mengenai liwat di negara ini.
Kata Hasan, beliau sudah tahu pandangan Anwar mengenai perkara itu dan sebab itulah tidak pernah menyokong Anwar - AgendaDaily

No comments: