Thursday 29 December 2011

DAP KORUP... HANGPA BUAT-BUAT TAK NAMPAK....!!!

TBH...... SPICE....NKM......???


Selama ini modal parti pembangkang untuk menentang UMNO adalah dengan menggambarkan UMNO sebagai parti yang korup.   Pemimpin UMNO digambarkan sebagai kaki rasuah, Perdana Menteri Malaysia digambarkan sebagai kuku besi, polis Malaysia sebagai kejam dan sistem kehakiman sebagai tidak adil dan berat sebelah.
Dari gambaran mereka, Malaysia kelihatan seolah-olah jauh lebih buruk dari Thailand, Indonesia atau Filipina, Uganda dan negara-negara dunia ketiga yang lain.

Namun begitu, fakta angka dan statistik serta gambaran di depan mata memperlihatkan sebaliknya.   Malaysia terus berkembang maju, berjaya menghadapi segala cabaran ekonomi dunia dengan bergaya, serta kekal aman dan makmur walau terdapat usaha tanpa jemu pembangkang untuk menghuru-harakan negara.
Kerana itu, usaha pembangkang untuk memburukkan UMNO/BN sebagai korup, rasuah, kuku besi, kejam dan tidak adil kian lama kian basi dan tidak laku lagi.
Sebaliknya kesemua sikap tersebut kini ternampak jelas dalam parti pembangkang sendiri, terutama DAP.
Bermula dengan kematian Teoh Beng Hock, kes rasuah melibatkan DAP semakin hari semakin nyata.   Walaupun DAP cuba mengalih pandangan ramai dengan menyalahkan pihak berkuasa atas kematian Teoh Beng Hock namun hakikat bahawa Teoh Beng Hock adalah saksi penting dalam kes rasuah melibatkan pemimpin DAP tidak boleh diubah.   Kematian beliau hanya menguatkan lagi persepsi kewujudan unsur gangsterisme di dalam DAP yang mampu menakut-nakutkan musuh mereka.


Ada juga pemimpin DAP yang diketahui umum sebagai menjadi ‘pelindung’ kepada pusat-pusat hiburan dan maksiat di sekitar Selangor.    Budaya gangster ini mungkin menjadi penyebab timbulnya isu ‘warlord’ dan ‘godfather’ ala mafia di dalam parti tersebut sehingga membawa kepada pertikaman lidah secara terbuka antara pemimpin-pemimpin mereka.
Kekejaman DAP boleh dilihat jelas dengan tindakan mereka merampas tanah-tanah dan menindas kaum lain tanpa belas kasihan.   Kronisme dan nepotisme pula diamalkan secara terang-terangan dengan jawatan tertinggi parti dipegang oleh kaum kerabat dan ‘sahabat handai’ kepimpinan tertinggi sahaja.  Sifat kuku besi DAP juga terserlah sehingga membawa kepada beberapa wakil mereka mengambil keputusan untuk keluar parti.
Baru-baru ini, seorang kounselor MPPP, Lim Boo Chang telah meletakkan jawatan berikutan kontrak SPICE yang diuruskan secara tidak telus dan penuh keraguan dengan campurtangan terus dari Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang.   Boo Chang juga melaporkan tentang sikap main kasar (“abusive attitude”) kerajaan DAP Pulau Pinang, dan “intimidasi” serta “arm-twisting” (perbuatan mengancam dan memaksa) yang dilakukan oleh pentadbiran Guan Eng.
Sementara itu, blog-blog yang kritis terhadap DAP digodam berkali-kali (dakwaan blogger Stop The Lies) manakala akaun e-mel peribadi blogger yang kritis terhadap Guan Eng juga pernah dipecah-masuk.
Dan kini, kes Nga Kor Meng yang memberi kontrak membut lounge suit kepada syarikat milik isterinya pula terbongkar.   Sudahlah syarikat tersebut milik isteri, sebut harganya pula jauh lebih tinggi.   Blogger sekupangduas yang mendedahkan isu tersebut telah awal-awal lagi bersedia menerima saman yang konon akan difailkan oleh Kor Meng, namun sia-sia kerana Kor Meng tidak muncul.
Inilah parti DAP yang begitu ghairah menghentam kerajaan Melayu, polis-polis Melayu dan hakim-hakim Melayu depan dan belakang konon bodoh, korup, tidak telus, lembab dan sebagainya.
Ternyata, baru sahaja memegang kuasa satu dua negeri dan satu dua tahun,  sudah terserlah dengan begitu nyata bahawa DAP adalah seratus kali lebih korup dan tidak telus, walaupun tidak lembab langsung dalam membuli dan menindas kaum lain.
DAP juga telah membuktikan yang mereka sebenarnya adalah seratus kali lebih bodoh dari Melayu-melayu UMNO/kerajaan yang sering mereka perlekehkan.
Mahu tidak bodohnya DAP, asal terkantoi saja, pasti ada orang hantar peluru.   Apa tak adakah idea lain yang lebih kreatif untuk kalih isu?   Apa ke jadahnya mengugut musuh yang boleh dibawa ke mahkamah dan dimalukan?
Apapun, walaupun DAP telah terbukti tidak begitu bijak namun sedikit kredit untuk mereka ialah mereka tetap lebih bijak dari Melayu PAS….MNH

No comments: