Tuesday 29 November 2011

SIAPA PENIPU SIAPA PEMBOHONG ~ LIM GUAN ENG atau SHAMSUL KETOT


Dahulu = Kita Mesti Pakai Songkok Untuk Tipu Melayu


Sekarang = Kita Sudah Berjaya Lagi...

1. Menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2011, PKR tidak mahu kalah malu dengan mengadakan Kongres PKR awal seminggu di Johor Bahru dengan isu yang sengaja diletupkan bahawa Perdana Menteri Malaysia tetap Melayu dan Islam. Semasa bertindak balas kepada Pemuda DAP dan Pemuda MCA, Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Akin mendesak UMNO supaya meminda Perlembagaan Persekutuan supaya hanya orang Melayu sahaja menjadi Perdana Menteri. Baca seterusnya di http://www.malaysiakini.com/news/182630 . DAP dan MCA menuduh Shamsul menjelaskan lagi wajah sebenar Melayu PKR yang bersifat Rasis. Walaupun Anwar yang takut kehialangan sokongan DAP segera beralas kata. Soalnya kenapa Anwar mengizinkan Shamsul bercakap sedemikian rupa? Harus anda ingat, semua ucapan di Kongres PKR mesti melalui Nasution Kaya Raya, Azmin Jutawan dan Anwar Ibrahim Maha Kaya.

2. Sementara itu Lim Guan Eng segera memberi pandangan bahawa DAP tidak berhasrat menjadi Perdana Menteri di http://www.malaysiakini.com/news/182595. Jawapan LGE adalah benar ketika ini...ketika ini...ketika ini... Namun sejarah membuktinya, apabila PAP dan Lee Kuan Yew mendapat kuasa di Singapura, mula-mula Lee Kuan Yew memecahkan kawasan Parlimen kepada Semuanya Majoriti Cina. Penduduk Melayu dipindahkan di flat-fat di mana daripada 1000 penghuni hanya 20% sahaja adalah orang Melayu. Kesannya, UMNO kehilangan semua 3 Kerusi Parlimen di Singapura. Lee Kuan Yew membiarkan orang Melayu mengamok di dalam isu Natrah.

3. Ataupun, di Pulau Pinang, sudahkah kamu kira berapa kali Penerbangan SIA dari Singapura ke Pulau Pinang? Adakah kamu tahu berapa banyak pelabur-pelabur warganegara Singapura di Pulau Pinang? Lim Guan Eng menyembunyikan semua maklumat ini, kerana orang Melayu disibukkan dengan isu kampung Melayu dimusnahkan, gerai Melayu dimusnahkan, nama jalan ditukar dan sebagainya tetapi kita tidak sedar Lim Guan Eng dan Lee Kuan Yew semakin mengikat Tanah Semenanjung menjadi pulasan yang semakin ketat!

4. Kesimpulannya, Lim Guan Eng menipu Anwar atas terma masa (condition of politic) yang tidak memihak kepada DAP untuk bercakap mereka sebenarnya mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia, selepas kegagalan Lee Kuan Yew dahulu! Kedua, Anwar melalui Shamsul Ketot tertipu oleh masa (condition of politic) yang tidak memihak mereka tetapi bercakap juga isu Perdana Menteri yang tidak memihak kepada orang Melayu, untungnya LGE dan DAP, Shamsul Ketot memang bahlul.

5. Jangan lupa, Jangan lupa, Jangan lupa...semasa Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri Malaysia, ketika itu Lee Kuan Yew hanya bertaraf Ketua Menteri negeri Singapura (1960an)...Namun, di negara-negara barat, Lee Kuan Yew membahasakan dirinya Perdana Menteri dan membahasakan pegawai-pegawai negeri Singapura sebagai Duta-Duta ( Baca selanjutnya dalam buku Memoir Lee Kuan Yew)...Kita orang Melayu jangan lupa dan jangan lagi diperbodohkan...Biarlah si Shamsul Ketot memperbodohkan dirinya, bangsanya dan negara ini selama-lamanya.

6. Kesimpulannya Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang adalah penipu politik kepada orang Melayu. Berhati-hatilah, mereka hanya manis di mulut sahaja...

TQ ~ MyMassa....

No comments: