Sunday 13 November 2011

PSC : PENGKALAN DATA AUTOMATIK MULAI 1 DISEMBER ~ DAFTAR PEMILIH 'BEBAS PENGUNDI HANTU'



KUALA LUMPUR, 12 Nov – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menghubungkan rekod kematian dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara automatik mulai 1 Disember ini – sebahagian daripada proses membersihkan daftar pemilih daripada kewujudan pengundi hantu.
Perkara itu dimaklumkan kepada jawatankuasa pilihan khas Parlimen (PSC) hari ini, yang sedang mengkaji pembaharuan sistem pilihan raya.
Ketua Pengarah JPN Datin Jariah Mohd Said berkata, agensinya tidak akan ada maklumat kematian jika waris si mati tidak memaklumkan mereka.
“Kementerian Dalam Negeri ada memaklumkan bahawa mulai 1 Disember ini, apabila seseorang memohon mendapatkan permit pengebumian, permit itu akan dimasukkan ke dalam pangkalan data dan polis akan menghubungkan dengan JPN dan JPN pula akan menghubungkan dengan SPR,” katanya.
Hari ini, Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan memberitahu jawatankuasa itu bahawa daftar pemilih masih mempunyai sekurang-kurangnya 1,000 pengundi yang sudah mati.  The Malaysian Insider
Sumber : Perak Today

No comments: