Wednesday 9 November 2011

MB SELANGOR HALAU ADUN BATANG KALI DARI SIDANG DUN...

Speaker DUN Selangor,  Datuk Teng Chang Khim yang telah menghalau ADUN BN dari Batangkali, Datuk Mohd Isa Kassin dilihat sebagai tindakan yang tidak bermoral, tidak adil dan tidak matang di dalam membuat keputusan. Difahamkan, Exco Kerajaan Selangor, Hassan Ali tidak berpuas hati dengan perkara tersebut dan cuba bangun untuk mempersoalkan tindakan speaker itu.





Hassan Ali berpandangan, sepatutnya Khalid Ibrahim selaku MB Selangor sewajarnya menjawab soalan yang ditujukan oleh ADUN Batangkali itu dan tidak perlu gentar dengan apa yang dipersoalkan oleh Datuk Isa jika ianya relevan.


Lihat di sini..

ADUN Batangkali itu diarahkan keluar dewan Sidang DUN setelah tidak berpuashati dengan MB Selangor itu yang gagal menjawab isu berkenaan Program Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor bagi penjawat-penjawat awam termasuklah dari aspek peruntukan yang tidak disertakan jumlahnya secara terperinci.




Boleh lihat juga  klik di sini

Tindakan MB Selangor itu menunjukkan seolah-olah beliau tidak boleh ditegur dan didedahkan segala kelemahannya.


Harap jambul je MB Selangor ni... gagap tetap gagap jugak......tapi bertindak bacul!!!

No comments: