Monday, 20 February 2012

TIADA SUMBANGAN RM300 JUTA MENYEBABKAN RANCANGAN 16 SEPTEMBER ANWAR GAGAL..!!!!

BEBERAPA pendedahan pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin kebelakangan ini menarik perhatian ramai. Terbaru, aktivis pembangkang itu mendakwa kegagalan Anwar Ibrahim merampas kuasa menerusi rancangan 16 September 2008, adalah kerana peranan seorang tokoh perniagaan, John Soh Chee Wen.


Menurut Raja Petra, John Soh enggan menyumbang RM300 juta seperti yang diminta oleh Ketua Pembangkang itu untuk digunakan bagi ‘membeli’ atau sebagai bayaran pendorong kepada 30 Ahli Parlimen.

Anwar merancang untuk membayar RM10 juta kepada setiap seorang bagi membolehkan beliau mengambilalih tampuk pemerintahan negara. Dikhabarkan betapa beliau sangat terdesak berbuat demikian kerana antara lain mahu mengelak daripada perbicaraan kes liwat kedua. Bagaimanapun John Soh yang merupakan sahabat Anwar dan antara pembiaya utama PKR tidak bersetuju kerana ia bercanggah dengan demokrasi. Sejak itu hubungan mereka tidak lagi rapat sebelum John Soh akhirnya meninggalkan beliau.

***Respek pada John Soh... seorang ahli korporat yang masih sangat menghormati amalan demokrasi di Malaysia
Tanpa disedari, peranan beliau cukup signifikan dalam menggagalkan cubaan rampasan kuasa 16 September yang ternyata membelakangkan rakyat. Begitu juga kepada Raja Petra yang berani mendedahkan banyak kepincangan Anwar dan PKR. Seperti menjadi harapan Awang dan ramai lagi warga negara, beliau hanya mahu menyelamatkan Malaysia daripada pemimpin yang tiada kredibiliti dan integriti.

Sunday, 19 February 2012

DAPAT DANA KEWANGAN DARI AS UNTUK GULING KERAJAAN...!!!

 Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi amaran Malaysia tidak akan terkecuali daripada menghadapi gerakan menggulingkan kerajaan sedia ada kerana terdapat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik di negara ini yang menerima sokongan kewangan dari Amerika Syarikat (AS).

Tegas beliau, sejak dahulu lagi AS memberi sokongan kewangan kepada mana-mana NGO dan parti politik bagi menggerakkan usaha untuk menjatuhkan kerajaan yang tidak disukai oleh negara tersebut.

''Saya tidak hairan dan percaya ada NGO dan parti politik di negara ini sedang mengadakan gerakan untuk menukar kerajaan yang sedia ada.

''Kalau di Malaysia ia berlaku namun ini bukan perkara biasa buat AS. Memang kerja mereka adalah hendak menjatuhkan kerajaan yang tidak sokong mereka.

''Sebagai contoh, AS minta kita sekat perdagangan dengan Iran dan jika kita tidak berhenti, mereka akan ambil tindakan terhadap perdagangan Malaysia," katanya.


DEBAT SOI LEK - GUAN ENG : DAP PASANG JERAT..?????

debat-4

Barangkali kerana ketegasan penganjur, moderator dan sikap sporting penyokong-penyokong, debat antara Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, di Hotel Berjaya, di ibu negara petang Sabtu lancar tanpa kejadian tidak diingini.
Lebih 800 orang mewakili kedua-dua parti memenuhi kerusi dalam dewan manakala kira-kira 200 lagi berada di lobi hotel menyaksikan debat itu lebih sejam itu melalui skrin besar.
Dewan sesekali gamat bila sebilangan penyokong bangun, bersorak dan bertepuk tangan menyokong apa dihujahkan sama ada oleh Soi Lek mahupun Guan Eng.
Suasana di lobi lebih riuh kerana tiada kawalan berbanding dalam dewan apabila sesekali pegawai penganjur dilihat cuba mententeramkan penyokong parti yang terlalu ghairah menyokong ‘boss’ mereka.
Soi Lek nyata menguasa tempoh debat berajuk debat tersebut ialah 'Kaum Cina di persimpangan: Apakah sistem dua parti menjadi sistem dua bangsa?'.
Beliau nampak cool menjawab hujah Guan Eng berbanding pemimpin DAP itu yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang itu nampak emosi apabila diasak banyak soalan oleh penyokong parti.
Terdahulu, moderator Tan Ah Chai, yang juga ketua pegawai eksekutif Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur –Selangor berjaya mengawal sesi berkenaan selepas Soi Lek diberikan peluang memulakan debat tersebut.
Soi Lek mendalwa DAP suka memberitahu orang Cina bahawa mengundi pembangkang akan meningkatkan taraf hidup, sambil menunjuk bagaimana seorang calon DAP boleh menjadi ketua menteri Pulau Pinang.
Chua berkata DAP telah memberi harapan palsu kepada orang Cina bahawa keadaan sedemikian boleh berlaku di negeri-negeri lain juga.
Katanya, DAP juga mempromosi politik kebencian untuk mendapatkan kuasa.
DAP hari ini, kata Soi Lek berbeza daripada DAP dulu. DAP sekarang bekerjasama dengan Pas dan membenarkan PAS mendominasi pembangkang.
debat-7
Apapun, sekali imbas jelas Soi Lek lebih matang berdepan soalan dan menjawab setiap dakwaan Guan Eng termasuk kononnya kerajaan dan pemimpin BN terbabit rasuah.
Antara jawapan menarik Presiden MCA itu, selepas 63 tahun BN, soal rasuah dapat ditangani walaupun masih ada kelemahan sebaliknya pakatan pembangkang dalam tempoh hanya tiga tahun sudah menunjukkan terbabit gejala itu.
Dalam sidang media bersama selepas depat itu, Soi Lek menjelaskan, debat itu bukanlah untuk tentukan sama ada MCA atau DAP menang kerana yang menang pastinya rakyat yang dapat membuat keputusan selepas mendengar pendirian kedua-dua parti dalam isu tersebut.
Kedua-dua mereka bersetuju debat seumpama itu diteruskan termasuk membabitkan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Guan Eng juga menyifatkan debat itu satu sejarah kerana buat pertama kali pemimpin tertinggi kedua-dua parti dalam sepentas.
Ini adalah langkah kecil sebelum langkah lebih besar katanya.
Namun, DAP nyata mengharapkan debat ini sebagai modal politik mereka bagi menarik lebih ramai sokongan masyarakat Cina kepada parti tersebut.
Guan Eng tidak dapat menyembunyikan niat itu apabila menyatakan perkara itu dalam satu sidang media lain selepas itu.
debat-9
Jelaslah, debat ini hanya mainkan politik DAP kerana jalannya juga dirintis parti itu.
Cuma komponen BN jangan tertelan umpan atau terperangkap jerat DAP menjelang PRU ke 13.
Tambahan pula, DAP sudah mula mencanang isu supaya Najib juga berdebat dengan Anwar Ibrahim selepas ini

JALAN MUDAH NAK JADI CALON.... MASUK DAP!!!!

Mahu jadi calon pilihanraya, itulah antara sebab dikenalpasti mengapa ada bekas ahli UMNO, sanggup keluar parti dan masuk DAP, parti pembangkang yang tunjang utamanya adalah masyarakat Cina.
Sekurang-kurangnya dua bekas anggota UMNO menyertai DAP baru-baru ini dan ligat mengkritik kerajaan. Kesediaan DAP menerima bekas ADUN Pahang kawasan Pulau Manis, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz, dan anggota UMNO Negeri Sembilan, Aspan Alias, sebaliknya dilihat sebagai petunjuk bahawa DAP semakin hilang kepercayaan terhadap kemampuan rakan mereka dalam pakatan pembangkang, PKR dan PAS.
Aspan Alias dan Datuk Mohd Ariff Sabri Abd. Aziz
BACA SETERUSNYA...... DI SINI

Friday, 17 February 2012

RAFIZI, ZURAIDAH.... JAWAB JANGAN TAK JAWAB..!!!!

Mahkamah perintah Rafizi, Zuraidah jawab saman RM100 juta Shahrizat



Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli dan Ketua Wanita parti itu, Zuraida Kamaruddin diarah menjawab tuduhan dalam kes saman fitnah dibawa oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Shahrizat memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap kedua-dua mereka bulan lalu berhubung isu kontroversi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).
Hakim Mahkamah Tinggi Vazeer Alam Mydin Meera mengeluarkan perintah itu pagi ini.
Shahrizat pada 19 Januari lalu menfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendakwa, Zuraida dan Rafizi telah memfitnah dan memburuk-burukkan beliau.
Beliau yang diwakili peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah menuntut RM50 juta untuk ganti rugi am dan RM50 juta untuk ganti rugi teruk dan teladan.
Menurutnya, saman itu dikemukakan dengan asas bahawa siasatan terhadap NFC yang sedang berjalan diyakini akan membuktikan Shahrizat tidak bersalah.
UNTUK BERITA SETERUSNYA..... BACA DI SINI

HASAD DENGKI PEMBANGKANG BILA GAMBAR ANWAR DI KINTA VALLEY ESTATE TERSEBAR..!!!

ANDA PERHATIKAN BETUL2... 2 GAMBAR2 BERIKUT... YANG MANAKAH ORIGINAL?



BANDINGKAN


Gambar DS Najib seperti yang di atas mula tersebar dengan rancaknya di blog2 pembangkang!!!

Di sebalik sekeping gambar (superimpose) DS Najib itu, ianya dipercayai disebarkan atas arahan pemimpin pembangkang yang dikeluarkan untuk jentera cybertroopers meraka... KLIK DI SINI

Namun anda semua jangan mudah terpedaya.... bukankah gambar PM boleh didapati dengan mudahnya apabila anda klik google image... dan gambar2 berikut akan terpapar di skrin PC anda...



Malah di laman web berikut, jika anda semua rajin melayarinya....




GOTCHAAA!!! MARI KITA LIHAT YG BERIKUT PULA.......



DAN BANDINGKAN DGN GAMBAR ORI DARI.....  http://www.tamilnet.com/pic.html?path=/img/publish/2007/02/priest_rajapakse_vaharai_01.jpg&width=800&height=522&caption=


CREDIT TO :  MR.KAMALUDDIN   and    GWM

Thursday, 16 February 2012

BN LULUSKAN 3 ANGGOTA GABUNGAN YANG BARU.....

Gabungan Wawasan Generasi Felda antara tiga pertubuhan diluluskan menjadi anggota bergabung Barisan Nasional (BN), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.








Najib, yang juga pengerusi BN berkata, dua lagi pertubuhan yang diluluskan ialah Persatuan Bekas Anggota Kemas Malaysia dan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia.








Tiga pertubuhan itu merupakan antara 11 permohonan yang diterima oleh BN untuk menyertai gagasan itu sebagai anggota bergabung, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam semalam.




Najib berkata, permohonan lapan lagi pertubuhan sedang diproses dan ditapis Jawatankuasa Pengurusan BN.


Beliau berkata, mesyuarat malam semalam turut dimaklumkan bahawa program latihan dan penerangan yang disusun atur telah berjalan lancar, serta lawatan yang dibuat oleh beliau dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mendapat sambutan sangat menggalakkan di peringkat negeri-negeri.


Begitu juga dengan tinjauan mesra yang dilakukan di beberapa negeri, kata Perdana Menteri.


Mengenai Himpunan Hijau 2.0 yang akan diadakan di Kuantan, Pahang pada 26 Februari ini, Najib berkata, setiap pihak mempunyai hak untuk berhimpun mengikut Akta Perhimpunan Aman.


"Buat apa nak atasi (perhimpunan ini), masing-masing ada hak untuk berhimpun di bawah Akta Perhimpunan Aman, jadi berhimpunlah atas undang-undang yang sedia ada.


"Buat apa kita nak bertindak, kita ada program kita sendiri, kita punya perhimpunan pun lagi ramai, lagi besar. (Biarlah) dia buat hal dia, kita buat hal kita,” katanya.


Mengulas laporan bahawa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah menyatakan hasratnya untuk tidak meletak jawatan, Najib berkata: “Tidak, belum dibincangkan lagi. Ia adalah hak mutlak Perdana Menteri”. — BERNAMA