Sunday, 27 October 2013

PRK DUN SG. LIMAU DAN KEBODOHAN 'DINASTI LIM'........... #PRKSgLimau

Penduduk Sungai Limau, Kedah bakal memilih ADUN baru selepas 18 tahun berada di bawah kepimpinan Allahyarham Tan Sri Azizan Razak.  Kawasan yang telah menjadi sinonim dengan Tan Sri Azizan itu pastinya menghadapi sedikit rasa kekok untuk diwakili oleh orang lain apatah lagi apabila beliau baru sahaja ‘pergi’. Tan Sri Azizan seolah-olah telah sebati dengan rakyat kawasan ini dan tentunya sukar dicari ganti.

Kebodohan Dinasti Lim di Sungai Limau 300x200 Kebodohan Dinasti Lim di Sungai Limau

PRK DUN SG. LIMAU : PENGUNDI PAS DIHANTUI PENYELEWENGAN TABUNG MEMALI

Walaupun pada dasarnya Pas mengatakan mereka yakin dapat mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau. Namun apabia dilihat kepada jentera dan gerakan yang dilakukan parti itu selama ini, ramai merasakan Pas bakal berdepan dengan laluan yang ‘sedikit’ sukar.

Penyelewengan tabung Memali menghantui Pas di Sungai Limau 300x216 Penyelewengan tabung Memali menghantui Pas di Sungai Limau
CALON PAS, Mohd Azam Abdul Samat (kiri) dan Naib Presiden PAS, Datuk Seri Mahfuz Omar juga menyatakan perkara yang sama semasa menghadiri sidang media PAS di Markas Induk PAS, Sungai Limau Dalam, Yan, baru-baru ini.

PRK DUN SG. LIMAU : AYAH DATO' SERI JAMIL KHIR BIDAS MAHFUZ DAN CALON PAS


YAN  – Baharom Ramli, ayah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri  Jamil Khir kesal  dan kecewa dengan tindakan Pesuruhjaya PAS Kedah, Mahfuz Omar dan Calon PAS, Azam Samad ke rumahnya kelmarin telah dijadikan ‘bahan kempen’ untuk Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau.

Saturday, 26 October 2013

PRK DUN SG. LIMAU : ISTERI ARWAH TAN SRI AZIZAN SAHKAN CALON PAS BERDUSTA UNTUK RAIH UNDI


Calon Pas bagi PRK Dun Sungai Limau, Mohd Azam Abd Samat diakui mempunyai pertalian saudara bau-bau bacang dengan bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Perkara ini disahkan sendiri oleh isteri Azizan, Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah ketika dihubungi, semalam.

Faekah berkata, hubungan kekeluargaan antara Azizan dan Mohd Azam adalah pada sebelah moyang yang merupakan sepupu.

PRK DUN SG. LIMAU : ORANG PAS BENGANG, CANTAS BANNER UMNO !!!


DIFAHAMKAN....Seorang AJK PAS Dulang Besar yang dikenali sebagai DIN HASSAN kini sedang diburu oleh sekumpulan penyokong UMNO-BN kerana telah mencantas banner yang memaparkan gambar Lim Guan Eng yang memakai serban.

Kami turut difahamkan, pihak berkuasa sedang menenangkan kumpulan penyokong UMNO-BN itu agar tidak mengambil tindakan di luar batasan undang-undang.

Semuanya bermula apabila DIN HASSAN yang memakai serban dan berbaju hijau, telah dilihat mencantas banner yang digantung di Jalan Ulu Dulang Kecil. Perkara tersebut telah dimaklumkan kepada penyokong UMNO-BN.

( FOTO ) : PERODUA ALZA TERBAKAR SELEPAS BERLANGGAR DENGAN MYVI


Satu kemalangan telah berlaku pada petang tadi melibatkan 2 buah model kereta dari pengeluar yang sama iaitu Perodua di kawasan Equine, Putrajaya. Dipercayai Perodua Alza telah melanggar bahagian belakang kereta Perodua MyVi.

GEMPAR !!! TOKONG 'DATUK HAJI JAWI SHAMSUDDIN' BERDEKATAN SURAU PEKERJA KILANG DI KRUBONG

Gambar tokong yang dirakam penduduk di kawasan perindustrian Krubong.
KRUBONG - Kewujudan sebuah tokong di kawasan perindustrian Krubong di sini yang menggunakan nama orang Islam menimbulkan tanda-tanya dalam kalangan masyarakat Islam di situ.