Thursday, 16 May 2013

'RED BEAN ARMY' BERTUNGKUS-LUMUS SEBARKAN FITNAH KERAJAAN NAIKKAN HARGA BARANG KEPERLUAN.... BINAWE!!!


Kumpulan tentera siber yang dipercayai ditaja DAP, 'Red Bean Army' kini bertungkus lumus menyebarkan berita palsu di internet kononnya kerajaan telah menaikkan harga barangan asas seperti petrol, minyak masak, gas memasak, gula, tepung dan roti bagi menghasut rakyat untuk terus membenci kerajaan.

PUAK PR HARAMJADAH GAGAL CUBAAN MALUKAN PM....!!!


Seronoknya lidah rasmi PAS, Haprak HarakahDaily apabila dapat laporan yang negatif tentang DS Najib Razak.

Tetapi malangnya, seperti biasa lidah rasmi PAS itu tidak buat homework tentang isu yang mereka laporkan sendiri. Akhirnya, Haprak HarakahDaily tampak lebih haprak dan semakin tidak dipercayai.

Ironinya, laporan murahan lidah rasmi ini dimainkan juga oleh beberapa blogger pro-pembangkang tanpa mereka mahu tahu kesahihan laporan tersebut.

Di antara laporan murahan media pembangkang :

SIAPA SUPOL YANG GILER NAK JADI YB....TAPI AKHIRNYA TEWAS DI GELANGGANG....!!!


Kata orang BN tewas kerana membelakangi ahli parti di bahagian apabila beberapa pegawai dalam Pejabat Perdana Menteri menjadi calon ketika kempen PRU13 tempoh hari.

Tetapi suka atau tidak isu calon adalah antara punca BN gagal di beberapa kerusi adalah kerana individu yang dicalonkan terdiri daripada pegawai-pegawai di pejabat PM sendiri.

Apa mereka ini memiliki merit yang ditetapkan?

Adakah ini calon boleh menang yang dicanang sejak sekian lama?

BILA KEKASIH DIPELUK ORANG......


Apa perasaan anda apabila melihat gambar kekasih anda berpelukan dalam keadaan mesra, malah bergesel pipi lagi, dengan orang lain, walaupun sebenarnya mereka tiada apa-apa hubungan istimewa...???

Malaysia bukan barat beb!!! Lagipun anda bukanlah 'orang putih' walaupun anda memang berkulit putih!!!!

Walau semoden manapun kehidupan anda dan corak apapun amalan kehidupan anda..... seharusnya anda tidak berpelukan sebegitu di khalayak, lebih-lebih lagi wanita itu adalah KEKASIH ORANG...!!!

Penyanyi Anuar Zain membuat permohonan maaf kepada pemain bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim, sekiranya terasa hati berhubung dengan foto yang memaparkan aksi mesra berpeluk dengan kekasihnya, Zandra Aziela Ibrahim Hakimi. (Bangang!!! Mau tak terasa hati...peluk rapat kekasih orang!!)

Wednesday, 15 May 2013

WARGA TEMPATAN ANTARA 10 PENGGANAS KIRAM YANG DIDAKWA


TAWAU 14 Mei - Seorang wanita warga tempatan berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup setelah didakwa melindungi pengganas.

Norhaida Ibnahi, 46, didakwa atas pertuduhan itu di Mahkamah Tinggi yang bersidang khas secara tertutup di Penjara Tawau hari ini.

ADUN PENGKALAN KUNDOR LETAK JAWATAN TIMB. PESURUHJAYA 1 PAS KEDAH



ALOR SETAR  :  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundor, Datuk Phahrolrazi Zawawi mengumumkan bahawa beliau meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah. 

Katanya beliau menghantar surat peletakan jawatan yang dipegangnya sejak 2009, Isnin lalu, sehari selepas PAS Pusat melantik naib presiden parti itu, Datuk Mahfuz Omar sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah menggantikan Datuk Seri Azizan Abdul Razak. 

DALANG ISU LAHAD DATU : ANWAR AKAN KE TALI GANTUNG....???


Pilihan Raya Umum ke 13 sudah pun tamat lebih seminggu, poster-poster pun sudah mula tidak kelihatan di jalan-jalan raya dan tempat awam namun tinggal seorang lagi individu yang masih terus berkempen iaitu Anwar Ibrahim. 

Sementara kerajaan-kerajaan negeri Pulau Pinang dan Kelantan di bawah pemnbangkang sudah mula menjalankan tugas untuk tempoh lima tahun akan datang, lain pula irama politik yang didendangkan oleh Anwar seolah-seolah baginya PRU13 masih belum selesai.