Wednesday, 24 April 2013

(VIDEO) : KARPAL SINGH TERSUNGKUR BERSAMA KARIERNYA....???


Adakah itu tanda-tanda DAP akan hancur-lebur dalam percaturan politik dalam PRU 13 ni...???
Melalui pergolakan yang hebat bersama rakan-rakan yang tidak pernah bersepakat di dalam perkongsian politik bersama PKR dan PAS.....ramai yang telah meninggalkan DAP akibat tidak puashati dengan calon-calon yang dipertandingkan....
Adakah itu pentanda... karier politik nya akan berakhir..???

RAKAMAN LELAKI ISLAM DIBAKAR HIDUP-HIDUP TERSEBAR...

Rakaman lelaki Islam dibakar tersebar
Mangsa yang dibakar hidup-hidup dibiarkan menderita dan orang ramai hanya menyaksikan kejadian itu di tengah bandar Meiktila.

YANGON - Pertubuhan hak asasi kemanusiaan, semalam, mendedahkan satu rakaman video amatur anggota polis yang memaparkan tindakan sekumpulan penduduk tempatan membakar seorang lelaki Islam semasa rusuhan etnik di bandar Meiktila, Myanmar, bulan lalu.

AMALKAN POLITIK TAKFIR....PAS WAJIB DISINGKIRKAN DARI PRU13...???



Saya yakin, dengan keputusan tiga Muktamar Tahunan PAS – di Ipoh, Shah Alam dan Kota Bharu tidak lama dulu – PAS tidak akan berjuang bersendirian, bahkan akan terus bersama Pakatan Rakyat…….(HARAKAH ONLINE – 8 NOVEMBER 2010)

IMAM MADINAH PUN KAGUM DENGAN KERAJAAN MALAYSIA......


Imam Masjid Al-Nabawi, Madinah iaitu Al-Syeikh Solah Muhammad Al-Budair dilaporkan menyatakan kekagumannya dengan usaha kerajaan Malaysia dalam mendaulatkan Islam.    

Syeikh Solah menyatakan sedemikian dalam pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju semalam (kelmarin). 

'BOM' MELETUP DI CERAMAH BN.. SEORANG PETUGAS PARAH....???


Seorang petugas keselamatan Barisan Nasional (BN) parah di kaki akibat letupan dalam timbunan sampah di belakang Bilik Gerakan Pilihan Raya BN di Jawi di sini, malam tadi.

Kejadian jam 10.15 malam itu mengejutkan 3,000 orang yang sedang mendengar ceramah disampaikan Pengerusi GERAKAN Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan.

TINDAKAN KAMILIA ADALAH RAHMAT - DS DR. ZAMBRY

Pengerusi Barisan Nasional Perak Datuk Zambry Abd Kadir berkata, bekas Naib Ketua Umno Datuk Kamilia Ibrahim tidak harus menilai dirinya sendiri dalam memberi khidmat kepada parti atau negara.

Sebaliknya Zambry berkata, apabila diberikan sesuatu amanah dan tanggungjawab oleh pihak pimpinan, beliau harus menerimanya atas semangat perjuangan parti.

"Kita tak seharusnya menilai diri kita sendiri...saya sepatutnya lebih baik, terbaik untuk ini dan untuk itu.

"Bagi mereka yang nak berkhidmat kepada parti dan negara, dia tidak kira sama ada ada jawatan atau tak, diberikan jawatan itu atau ini yang paling penting dia memberikan khidmatnya yang berterusan," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah gerai Taman Kuning Sari, di sini, Selasa.

Zambry berkata, Kamilia yang sebelum ini ditawarkan bertanding di kerusi Bukit Chandan mungkin tiada rezeki untuk mewakili Parlimen, tetapi mempunyai rezeki di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bagaimanapun keanggotaan Kamilia dalam parti dilucutkan selepas membuat kejutan menamakan diri sebagai calon Bebas pada hari penamaan calon.


Tuesday, 23 April 2013

HADI DIGESA DEDAH NAMA CALON PKR #PRU13 JUAL PIL KUDA .... ADA BERANI?


Pemuda Umno Terengganu menggesa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan nama calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menjadi pengedar dadah.
Ketuanya, Saiful Bahari Baharuddin berkata dakwaan yang dibuat Abdul Hadi dalam ceramah di Marang pada Ahad itu sangat serius kerana mengedar dadah merupakan satu kesalahan jenayah.
“Kita gesa Abdul Hadi membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan,” kata Saiful Bahari, selepas membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Kuala Terengganu di Kuala Terengganu pada Selasa.
Saiful berkata isu berkenaan juga akan membuka mata pengundi dan beliau menggesa mereka mengundi Barisan Nasional pada pilihan raya umum kali ini. - mStar