Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ingin merujuk kepada penyebaran maklumat melalui laman sosial kononnya ada seorang pengundi bernama Ab Rapar bin Awang yang memiliki tiga nombor kad pengenalan (MyKad) yang berbeza.
KUALA LUMPUR, 23 April - UMNO telah memfailkan saman fitnah terhadap Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali dan dua lagi berhubung penerbitan lima artikel yang mengaitkan pertubuhan itu dengan penyebaran video lucah di laman sesawang baru-baru ini.
Seorang jurukamera sambilan RTM Kelantan, Muhammas Yaakob, 61, meninggal dunia di Gua Musang malam tadi selepas dipukul beberapa penyokong PAS dihadapan pondok milik parti Pembangkang berkenaan.
KUALA LUMPUR 23 April - Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya yang sebelum ini dikaitkan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) malam tadi secara terbuka mengaku telah mengundi Barisan Nasional (BN) dan akan terus mengundi parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi mendakwa DAP telah membuat satu perjanjian sulit untuk mengangkat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri jika mereka dibenar menggunakan logo Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.