Saturday, 23 March 2013

KETUA PENGGANAS KIRAM SAMAN MALAYSIA RM77.8B



TAGUIG CUTY, Filipina - Pasukan peguam pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III (gambar kecil) kini dikatakan sedang menyiapkan kertas tuntutan mahkamah untuk menyaman kerajaan Malaysia atas dakwaan membangunkan dan merampas Sabah secara haram.
Memetik laporan akhbar dalam talian, The Manila Times.Net, saman yang dihantar kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) itu menyatakan tuntutan 'denda' sebanyak AS$25 bilion (RM77.8 bilion) daripada kerajaan Malaysia.
Jurucakap Jamalul Kiram, Abraham Idjirani memberitahu, saman tersebut adalah jawapan kepada tuduhan melakukan keganasan yang dikenakan oleh pihak berkuasa Malaysia ke atas lapan rakyat Filipina baru-baru ini. 
**** Sapa agaknya yang mengajar si Kiram ni untuk saman menyaman ye.... Mungkin anda kenal seseorang yang sangat popular dengan saman menyaman di Malaysia.... Ops! U ulang I saman U....

OPS DAULAT : ORANG TEMPATAN MENJADI DURI DALAM DAGING...???


Pasukan keselamatan berjaya melumpuhkan pergerakan militan Sulu susulan penangkapan pemerintah tentera yang memimpin pencerobohan di Lahad Datu di Semporna awal hari Sabtu.
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lelaki berusia lewat 40-an itu ditangkap bersama isterinya di sebuah kawasan paya pada 1.30 pagi hasil maklumat orang ramai.
Beliau berkata selain itu, pasukan keselamatan turut menahan seorang rakyat tempatan yang bertindak menyediakan segala keperluan kepada militan pengganas sejak awal pendaratan mereka di Kampung Tanduo sehingga kini.

SEJARAH BERULANG DALAM TRAJEDI LAHAD DATU...???


Kenyataan Presiden Filipina Benigno Aquino yang melihat tragedi penceroboh bersenjata di Sabah sebagai tindakan tidak bertanggungjawab pihak-pihak tertentu untuk mengadaikan nyawa penduduk Islam bangsa Moro.

Yang paling mendukacitakan dalang utama terhadap serangan tersebut,hidup dengan selesa berbanding kesengsaraan keadaan para pengikut diperdaya sehingga terpaksa mengorbankan nyawa.

PENEMUAN MAYAT 2 KANAK-KANAK DI DALAM LUBANG NAJIS MEMBONGKAR TRAJEDI KEJAM 1984 DI BATU PAHAT......


Tragedi Kejam 1984 Di Batu Pahat: Salmah Saksi Mahkamah Paling Berani - Terbakor
ANDA PEMBACA YANG DIHORMATI SEKALIAN..... MASIH INGATKAH KITA DENGAN SATU KISAH JENAYAH YANG SANGAT KEJAM MELIBATKAN 2 KANAK-KANAK ADIK BERADIK DAN PALING TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN YANG TELAH BERLAKU PADA 1984 DI BATU PAHAT, JOHOR....? JOM KITA SOROT KEMBALI TRAJEDI TERSEBUT.....
Fail Jenayah : Dua beradik dibenam dalam lubang tandas...…akibat melihat hubungan terkutuk
MAYAT Azman Wardi, 10, dan adik perempuannya, Saniah, 3, ditemui dalam lubang najis di belakang sebuah rumah di Kampung Muhibbah, Peserai, Batu Pahat, Johor dalam satu insiden pada 1984. Mayat mereka ditemui dalam keadaan reput dan berulat. Dua beradik itu dikatakan dibunuh dengan dicekik hingga mati dan diikat. Mayat mereka kemudian disumbat ke dalam lubang najis untuk mengelak daripada dikesan. Cara pembunuhan dua beradik ini menggambarkan perwatakan pembunuhnya sebagai seorang yang amat kejam. Bagaimanapun jenayah kejam itu terbongkar juga…

SAMSENG MAHASISWA KECOH DEPAN RTM DI TAHAN....


Kira-kira pukul 4 petang tadi, tiga orang mahasiswa institut pengajian tinggi (IPT) ditahan polis kerana berdemonstrasi berkhemah di pintu masuk bangunan Angkasapuri yang menempatkan stesen televisyen dan radio RTM. 

Antara mahasiswa yang ditahan termasuklah Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang, rakannya Muqit dan Akram Ahmar manakala tiada mahasiswi yang dikenakan tindakan sama.

Friday, 22 March 2013

RITA DAKWA PENDAPATAN AIDIL LEBIH RM50,000 TAPI NAFKAH ISTERI ANAK DIABAI....???


Mohd. Aidil Zafuan Abd. Radzak didakwa mempunyai pendapatan melebihi RM50,000 sebulan namun tidak memberi nafkah mencukupi kepada isterinya, pelakon Rita Rudaini Mokhtar dan dua anaknya.
Perkara tersebut ditimbulkan oleh Rita menerusi keterangan bertulis dalam permohonan tuntutan nafkah yang dikemukakannya di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bistari di sini hari ini.

MAYAT PENGGANAS SULU YANG HAMPIR LERAI SUKAR DI BAWA KELUAR



Ketika diminta menceritakan proses mengeluarkan mayat-mayat itu, Ketua kampung Simunul, Semporna, Sabah, Ramlee Saraman berkata, hanya Allah yang tahu betapa sukarnya mereka untuk berbuat demikian.

Menurutnya, kerja-kerja itu mungkin nampak mudah tetapi keadaan mayat yang mula membusuk telah merumitkan keadaan.Tambahnya, mereka bimbang sekiranya ia tidak dilakukan secara berhati-hati, akan ada anggota tubuh pengganas ini yang akan ‘lerai’ kerana ia sudah membengkak.”Selepas mayat itu kami angkat, kami letakkannya di simpang jalan…lalu saya hubungi pihak berkuasa yang kemudiannya membawa mayat-mayat itu ke hospital.

”Saya sempat melihat wajah-wajah mereka, ternyata ia bukan penduduk kampung ini, malah tiada siapa pun mengenali mereka kecuali mayat yang dalam sampan itu, ada penduduk mendakwa pernah melihat dia solat Jumaat di kawasan berhampiran, entah betul entahkan tidak,” katanya.Dalam pertemuan kami itu, Ramlee turut meminta semua pihak agar tidak terus melabelkan kampungnya sebagai ‘kawasan hitam’ hanya kerana berlakunya insiden tersebut.Katanya, beliau sedih kerana banyak pihak mula melabelkan kampung mereka sebagai sarang pengganas dan sebagainya.Jelasnya, insiden tersebut adalah satu perbuatan yang tidak dapat dimaafkan tetapi tidak adil untuk menghukum semua yang ada di situ.

”Kampung ini banyak sejarahnya, ia telah mula dibuka sejak tahun 1939 dan sejak itu, kami semua hidup dalam aman dan harmoni.”Benar, ada penduduk yang datang secara haram tetapi perkara begini bukan hanya berlaku di kampung ini…tetapi apa boleh buat, hidup mesti diteruskan.”Mengenai pandangan banyak pihak yang mahu kampung kami dirobohkan, saya harap kalau ia benar-benar dilaksanakan, kebajikan penghuni perlu diambil kira, kami ini kebanyakannya nelayan, sebab itu rumah kami dibuat di tepi laut…kalau ia dibuat di lokasi yang terlalu jauh, ia sudah tentu menyukarkan keadaan,” jelasnya.