Tuesday, 15 January 2013

HKR : HIMPUNAN UNTUK GULINGKAN KERAJAAN...???


CYBERJAYA  : Perhimpunan di Stadium Merdeka Sabtu lepas cuba meniru apa yang berlaku di sesetengah negara Arab dengan niat menjatuhkan kerajaan sedia ada, kerana penganjur merasakan ia tidak boleh menang pilihan raya umum nanti, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Jadi mereka berharap dengan meniru, dapat menjatuhkan kerajaan, sedangkan kerajaan negara ini bukan seperti di negara Arab, bukan kerajaan kuku besi, ia adalah kerajaan yang dipilih rakyat. "Apa yang mereka tiru itu bukan cara demokrasi...jika nak adakan perhimpunan atau demonstrasi perlulah ada alasan, tetapi bukanlah demonstrasi mengenai Shamsidar (Taharin). Jadi seolah-olah bila ada sahaja kes mahkamah, kena adakan demonstrasi," katanya kepada pemberita di sini selepas menghadiri taklimat perkembangan pembangunan Cyberjaya oleh Kumpulan Emkay pada Isnin.

KEPUTUSAN MAJLIS SYURA PAS.... SALAH UMNO..???


Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei enggan mengulas mengenai keputusan Majlis Syura PAS berhubung larangan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam dalam kitab Bible.

Beliau yang juga ADUN Seri Muda menegaskan PKR tetap berpegang kepada keputusan yang dipersetujui Pakatan Rakyat pada 2010 bersabit isu itu.


Ketika itu, PR mengambil pendirian bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Muslim dengan syarat penggunaan itu tidak menghina Islam.

Monday, 14 January 2013

( VIDEO ) AKSI BODYGUARD AHLI POLITIK PEMBANGKANG YANG BRUTAL....


Semuanya untuk buktikan bahawa, kita blogger pro BN ni tak pernah menipu dan memfitnah. Apa yang kita cerita dan letak dalam blog, adalah perkara yang benar dan benar-benar belaka.

MURID LEMBAB DI ROGOL BAWAH MEJA KETIKA 'CIKGU BARD' MENGAJAR...???


New York – Seorang remaja lembam berusia 15 tahun dirogol di bawah meja di dalam kelasnya, biarpun ketika kejadian gurunya hanya berada beberapa kaki daripada tempat tersebut.

Remaja yang hanya dikenali sebagai KJ itu didakwa telah dirogol selama 10 minit ketika guru sains sedang mengajar di dalam kelas di Akademi Martin De Porres di Elmont.

Biarpun dia meronta untuk melepaskan diri, namun setiap kali berbuat demikian, seorang pelajar lain akan memukul kepalanya.

PENGECUTNYA MAJLIS SYURA PAS......


Seramai lebihkurang 20 petugas media yang membuat liputan mesyuarat Majlis Syura Ulamak PAS berhubung isu kalimah Allah merasa hampa apabila terpaksa menunggu berjam-jam tetapi akhirnya hanya diberikan kenyataan akhbar olek kakitangan ibu pejabat PAS itu.  Nampak sangat pengecutnya sikap pemimpin PAS yang ternyata takut untuk berhadapan dengan wartawan..

( VIDEO ) LELAKI BUTA YANG ULANG-ALIK KE MASJID SETIAP KALI SOLAT 5 WAKTU DENGAN HANYA BERPANDUKAN SEUTAS TALI....


Seorang lelaki tua yang mengalami kebutaan,  berjalan kaki dari rumahnya menuju Masjid lima kali sehari meskipun ia telah kehilangan penglihatannya bertahun-tahun yang lalu.

Pemandunya hanya tali, yang ia ikatkan ke tiang elektrik di samping pintu masuk Masjid.


LIHAT VIDEO DI BAWAH....

GAGALNYA MUSLIHAT ANWAR....


Muslihat Anwar guna himpunan gagal - Anuar Shaari

Muslihat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan himpunan pembangkang  bagi mendapatkan pengiktirafan menjadi Perdana Menteri daripada para penyokong pakatan itu telah gagal.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, kegagalan tersebut jelas kerana kehadiran Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dalam perhimpunan berkenaan tidak mendapat sambutan daripada para penyokong pembangkang.

Jumlah kehadiran 40,000 orang semalam adalah terlalu kecil. Hanya empat peratus daripada sasaran awal mereka iaitu satu juta orang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Perhimpunan yang dianjurkan pembangkang di Stadium Merdeka itu sekadar menyaksikan kehadiran kira-kira 45,000 peserta dan dilaporkan ramai yang pulang sejurus Anwar memulakan ucapannya.