Sunday, 16 September 2012

GOOGLE ENGGAN PADAM VIDEO HINA RASULULLAH SAW

Hamid Karzai


Google enggan padam video hina Rasulullah

Penunjuk perasaan bertindak membakar kenderaan yang berada di luar Kedutaan AS di Kaherah, semalam. (Gambar:AP)


SAN FRANCISCO - Syarikat enjin pencari gergasi, Google yang juga pemilik laman perkongsian video Youtube, kelmarin menegaskan pendirian mereka untuk tidak memadam video menghina Nabi Muhammad SAW walaupun ia telah mencetuskan protes di kebanyakan negara di rantau Arab.

Dalam satu kenyataan, Google juga menolak tuntutan banyak pihak yang menggesa syarikat Internet gergasi itu untuk mengeluarkan video menyinggung perasaan orang Islam tersebut.

Menurut jurucakap Google, treler filem berdurasi 14 minit berjudul Innocence of Muslims dihasilkan oleh pengarah anti-Islam, Sam Bacile itu kononnya tidak melanggar polisi dan garis panduan Youtube.

Bagaimanapun, susulan daripada protes ganas pada Selasa lalu Google memutuskan untuk menyekat akses filem anti-Islam tersebut di Mesir dan Libya bagi tempoh sementara.

Difahamkan, di bawah prosedur Google, pengguna Youtube boleh melaporkan kandungan tidak senonoh atau tidak sesuai kepada kumpulan pemerhati syarikat itu di seluruh dunia.

 Sehingga semalam, tiada sebarang tindakan diambil dan video tersebut telah ditonton lebih 122,000 pengguna.

Sementara itu, Ketua Pengarah di Kementerian Komunikasi di Afghanistan mengumumkan kerajaan memutuskan untuk menyekat akses video yang mempersendakan sifat Rasulullah tersebut.

“Tindakan itu diambil selepas Presiden Hamid Karzai mengutuk filem tersebut yang dianggap biadab dan menghina Islam. Ia juga bertujuan untuk mengelakkan tunjuk perasaan ganas merebak ke negara ini,” kata Aimal Marjan.

Afghanistan menjadi negara pertama menyekat akses video itu kerana khuatir insiden protes ganas awal tahun lalu akan berulang. Februari lalu, sekumpulan penunjuk perasaan mengadakan tunjuk perasaan yang akhirnya bertukar ganas sebagai membantah tindakan tentera Amerika Syarikat (AS) membakar al-Quran di penjara Bagram, utara Kabul. - Reuters 

IKLAN PALING MAHAL DI DUNIA



Sebuah filem dengan durasi empat minit hasil arahan Baz Lurhmann (Australia) untuk iklan Chanel No. 5 perfume merupakan iklan televisyen paling mahal di dunia yang menelan kos sebanyak £18 juta ($33 juta) bagi disiapkan sepenuhnya.

Iklan ini dibintangi oleh Nicole Kidman (Australia) yang memegang watak gaya Marilyn Monroe yang diburu oleh paparazzi. Julung kalinya iklan ini ditayangkan di seluruh pawagam Amerika Syarikat pada 1 November 2004 dan mula disiarkan oleh seluruh stesen televisyen Amerika Syarikat pada 11 November 2004.

Setelah membuat kemunculan sulung di layar besar Amerika Syarikat, iklan ini disusuli tayangan di pawagam serta siaran televisyen Australia, Britain, Perancis, dan Belanda bermula pada November 2004.

Bayaran yang diterima oleh Nicole Kidman bagi kemunculannya dalam iklan tersebut ialah £2 juta ($3.7 juta). Pakaian yang digunakan adalah hasil rekaan Karl Lagerfeld manakala selingan muzik adalah hasil karya komposer klasik terkenal iaitu Debussy.

Saturday, 15 September 2012

PERAK AKAN TERUS LAHIRKAN PELAJAR CEMERLANG





Bagi memastikan pendidikan anak-anak Perak sentiasa berada pada tahap yang cemerlang, kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM10 juta setiap tahun bagi membantu mereka tanpa mengira latar belakang.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, jumlah itu meningkat berbanding tahun-tahun sebelumnya di mana dana untuk pendidikan yang disediakan hanya berjumlah RM2 juta.
“Ini membuktikan kerajaan negeri begitu bersungguh-sungguh membantu anak kelahiran Perak meneruskan pelajaran hingga tahap yang mereka mampu,” katanya.
Zambry berkata demikian semasa berucap pada Majlis Anugerah Cemerlang 2011 Sekolah-sekolah Parlimen Lumut di Dewan Merdeka, Manjung, hari ini.
Dalam konteks kerajaan negeri, ibu bapa yang berpendapatan bawah RM3,000 ke bawah akan diberi bantuan jika anak mereka layak menyambung pelajaran di peringkat universiti mahupun kolej yang diiktiraf.
“Usaha ini bagi memastikan anak-anak dari pelbagai latar belakang tidak mempunyai masalah untuk mencapai kejayaan melalui peruntukan yang telah disediakan,” katanya.
Pada majlis itu, Menteri Besar menyampaikan sumbangan serta sijil penghargaan kepada 611 penerima dari sekolah rendah dan menengah di kawasan Parlimen Lumut yang terdiri daripada pelajar cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM 2011.
Daripada jumlah tersebut, seramai 316 pelajar cemerlang dalam UPSR, 228 pelajar cemerlang PMR, 59 pelajar daripadanya cemerlang SPM dan 8 pelajar lagi meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan STPM.
Pelajar yang menerima anugerah tersebut adalah individu yang memperolehi semua  A di dalam peperiksaan yang mereka duduki. Majlis tersebut adalah anjuran bersama Biro Pelajaran UMNO Bahagian Lumut dan Pejabat Pelajaran Daerah Manjung, yang dipengerusikan oleh Encik Mudzaffar Shah bin Mohammed Rajamal.



Ketibaan Menteri Besar Perak di sambut Pegawai Pelajaran Daerah Manjung dan Pengerusi Biro Pelajaran UMNO Lumut.

Ibu bapa pelajar penerima anugerah turut dijemput hadir.

Lagi gambar....






bBacaan doa oleh Ustaz  Hairul Abd Karim (SK Seri Pangkor)

Pengacara Majlis, Encik Normazlan Md. Raja (SK Seri Bayu)







SAMBUTAN LUAR JANGKAAN SAMBUTAN AIDILFITRI UMNO LUMUT






Sambutan di luar jangkaan yang diterima pada sambutan Hari Raya Aidilfitri UMNO Bahagian Lumut tahun ini, membuktikan bahawa rakyat masih terus bersama dan menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN).
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata kehadiran tetamu pada tahun ini berlipat kali ganda berbanding tahun lalu.
“Ini menunjukkan indikasi  atau petunjuk yang baik mengenai tahap sokongan rakyat kepada BN,” katanya.
Zambry berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran UMNO Bahagian Lumut di Dewan Merdeka, pagi tadi.
Hadir sama ke majlis itu ialah Menteri Pengangkutan yang juga Ahli Parlimen Lumut, Datuk Kong Cho Ha.
Sementara itu, pada awalnya, beliau katanya, hanya menjangka  15,000 tetamu yang  hadir pada majlis tersebut.
“Saya jangka kehadiran tetamu pada tahun ini tidak kurang daripada 20,000 orang,” kata beliau dengan nada yang gembira.
Tetamu dari pelbagai lapisan masyarakat dilihat tidak melepaskan peluang beramah mesra dengan pemimpin tertinggi negeri seawal jam 10 pagi lagi.
Disebabkan sambutan yang di luar jangkaan itu juga, sampul duit raya terpaksa ditambah bagi memastikan kesemua kanak-kanak yang hadir pulang gembira dengan duit raya yang disampaikan sendiri oleh Menteri Besar.

Friday, 14 September 2012

{FOTO} METRO TRAIN SERVICE TO FERRY PILGRIMS FROM THIS YEAR'S HAJJ SEASON





From this entrance year those who will be behaving their Hajj will be means to make use of a brand new Metro sight use to a Holy Land. This Metro sight will ferry passengers to as well as from a important places that pilgrims contingency visit during a Holy Land in Mecca.

With a key of this Metro sight service, pilgrims do not have to house buses whilst a trade congestion will be a thing of a past.

Saudi government had undertaken this metro sight use after experiencing train congestion as well as deadly accidents that had taken most lives during a Hajj period.


The rate for this Metro use is as follows:
7 days fare: USD 67.00
4 days fare: USD 27.00

The sum price of this plan is USD1.8 billion. The plan will be ready subsequent month as well as a approaching genius is 170,000 passengers. With a finish execution of this plan it will be means to house a genius of 3 million passengers.
















source : wartashubhi.blog

WOW!! INI BETUL-BETUL SUPER MOM...!!!


Super mom yang sungguh kreatif

Emily Finch, wanita asal Portland, Oregon, harus mengayuh basikalnya sejauh 20 km 
setiap hari demi menghantarkan keenam anaknya ke sekolah. 

Yang paling menarik, ia melakukan tersebut menggunakan basikal yang sudah dimodifikasi 
sedemikian rupa sehingga mampu membawa seluruhnya secara bersamaan. 

Wanita berusia 34 tahun ini mampu melakukan hal tersebut sendirian, 
tanpa bantuan dari siapapun, termasuk dari anak tertua yang duduk di bahagian belakang. 

Idea memodifikasi sepeda itu sendiri muncul sejak tahun 2009 saat browsing di Google. 
Emily yang saat itu berencana membeli kereta SUV langsung berubah pikiran tatkala melihat 
sepeda kargo yang biasa dipakai di Belanda yang disebut Bakfiets. 

Alhasil ia pun memesan basikal tersebut di sebuah kedai di Portland. 
Setelah itu ia memodifikasi bagian belakang dengan menyatukan basikal yang biasa dipakai 
anak tertuanya.




Bagus untuk diet, Emily mengaku merasa lebih kurus setelah mengayuh basikalnya.


Semuanya naik, dari anak yang tertua hingga yang paling muda.



Uniknya sang ibu mengayuh basikal itu sendiri, tanpa bantuan.

Yang berbadan 'comel' dan sukar sangat nak menguruskannya.... tips di atas sangat berguna..... 

VIDEO PALING LUCU DI YOUTUBE..???

Video ini menunjukan seorang ibu berpura-pura menemukan cincin berlian tertanam di tanah. Dia sukar untuk mencabut cincin itu dan berpura-pura meminta tolong. Ketika cincin dicabut, tiba-tiba seorang lelaki muncul dari dalam tanah. Ekspresi para pencabut cincin ketakutan menjadi kegelian tersendiri bagi orang melihatnya dan video ini dikatakn paling lucu sepanjang sejarah Youtube.

Video ini diklaim paling lucu se-Youtube


Video  ini di upload oleh akaun hellogee1 dua tahun lalu dan telah disaksikan 7,660,918 orang. Rakaman ini bakal membuat  Anda seru. Lihat videonya di sini: