KUALA LUMPUR 8 Nov. – UMNO tidak pernah menyekat mana-mana pemimpinnya di semua peringkat daripada menyuarakan pendapat tentang isu melibatkan parti kerana UMNO mengamalkan prinsip demokrasi, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Wednesday, 9 November 2011
DAP PERAK.... SEMAKIN LANCANG MULUTNYA..!!!!
Fenomena sekarang memperlihatkan bukan sahaja pemimpin atasan malah ahli biasa parti DAP Perak semakin lancang mulutnya apabila berkata-kata sehingga sanggup mengeluarkan kata-kata nista yang teruk seolah-olah mereka ini langsung tidak pernah ke sekolah untuk mempelajari nilai dan adab ketika bercakap.
Tuesday, 8 November 2011
AROWANA EMAS MALAYSIA
Air daripada Tasik Bukit Merah dikatakan mampu menghidupkan emas. Apa yang dimaksudkan dengan 'emas' di sini adalah Arowana Asia, iaitu sejenis ikan yang nadir dan mahal.
ANWAR DAH PEGI HAJI..??? BILA..???
Bila Perdana Menteri Dato' Seri Najib pergi Mekah, mula lah puak bahlul blogger pembangkang tabur fitnah, mengutuk dan menghina Dato' Seri Najib, tak cukup dengan itu ada juga pihak yang bahlul sanggup membuktikan yang Anwar Ibrahim pun pernah pergi Haji.
Lebih menggemparkan, Anwar ke Mekah bukan menaiki mana2 pesawat, jauh sekali melalui Lembaga Tabung Haji Malaysia.... tetapi sebaliknya puak-puak blogger pembangkang telah 'menaikkan' haji Anwar dengan cara yg sangat mudah... tanpa bodyguard...hanya dengan superimpose gambar ( photoshop CS4).. amat mudah.. hahaha....
LIHAT DI SINI JUGA.....
BOLEH NAMPAK ANWAR NAIK HAJI DI SINI...
Lebih menggemparkan, Anwar ke Mekah bukan menaiki mana2 pesawat, jauh sekali melalui Lembaga Tabung Haji Malaysia.... tetapi sebaliknya puak-puak blogger pembangkang telah 'menaikkan' haji Anwar dengan cara yg sangat mudah... tanpa bodyguard...hanya dengan superimpose gambar ( photoshop CS4).. amat mudah.. hahaha....
LIHAT DI SINI JUGA.....
BOLEH NAMPAK ANWAR NAIK HAJI DI SINI...
Friday, 4 November 2011
KAWALAN KESELAMATAN DI MEKAH DAN TRAJEDI RAMPASAN DI MASJIDIL HARAM
Kawalan keselamatan yang diberikan oleh kerajaan Arab Saudi kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor ketika menunaikan fardhu haji di Mekah pada tahun ini ( 1432 H ) telah menimbulkan ketidakpuasan hati di sanubari puak-puak Pakatan Rakyat, dengan memfitnah kononnya DS Najib dan isteri dapat menunaikan haji dengan mudah kerana diiringi dan dikawal rapi oleh pihak keselamatan Arab Saudi yang lengkap berpakaian tentera dan bersenjata.
Thursday, 3 November 2011
PM TUNAI HAJI PAKAI TANGKAL...?????
Puak-puak pembangkang sentiasa mencari ruang untuk membuat fitnah kepada Perdana Menteri, walaupun beliau sedang menunaikan rukun Islam ke-5 di Mekah ketika ini.
Terkini paparan di sebuah blog pembangkang yang mengatakan bahawa Datuk Seri Najib memakai tangkal ketika sedang tawaf di Baitullah.
TARIKH PENUBUHAN MELAKA.....
Tarikh penubuhan Melaka 1262 bukan 1400
MELAKA 2 Nov. – Kerajaan negeri bersetuju menetapkan tarikh penubuhan kerajaan Melayu Melaka pada 1262 dan bukannya 1400 seperti yang menjadi rujukan umum sebelum ini.
Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Melaka (IKSEP), Datuk Mohd. Said Yusof berkata, asas yang diambil untuk menukar tarikh sebenar penubuhan Melaka berdasarkan dua karya agung iaitu Sulalat Al-Salatin dan Hikayat Hang Tuah.
Menurutnya, beberapa peristiwa yang terkandung dalam kedua-dua buku tersebut membuktikan bahawa penubuhan Melaka bukan pada 1400 seperti dikatakan oleh sarjana Barat iaitu dari Portugis yang juga bukan berdasarkan kepada fakta sejarah.
‘‘Beberapa contoh seperti Sultan Mansur Shah menduduki takhta hampir 60 tahun dan sultan terakhir iaitu Sultan Mahmud Shah pula selama 30 tahun. Kalau berdasarkan dua sultan ini, kerajaan Melaka terbentuk lebih daripada 90 tahun.
‘‘Mustahil kerajaan Melayu Melaka ditubuhkan hanya berumur 111 tahun. Kalau mengikut catatan sejarah, Melaka yang dibentuk oleh Parameswara pada 1400 dan Laksamana Cheng Ho datang ke negeri ini pada 1403.
‘‘Tidak mungkin dalam tempoh tiga tahun kerajaan Melayu Melaka sudah menjadi satu kerajaan yang besar ketika itu hingga dihormati oleh China dan ini membuktikan tarikh 1400 tidak relevan sebagai tarikh penubuhan Melaka,” katanya.
Beliau berucap pada penutup Persidangan Antarabangsa Karya Agung Melayu Sulalat Al-Salatin dan Hikayat Hang Tuah di Auditorium Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.
Majlis penutupan itu disempurnakan oleh tokoh budaya dan bahasa, Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah A. Karim. Turut hadir, Pengerusi Yayasan Karyawan, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.
Mengulas lanjut, Mohd. Said berkata, berdasarkan bukti yang terdapat dalam kedua-dua karya agung Melayu itu, kerajaan mengambil keputusan menetapkan tarikh penubuhan Melaka pada 1262.
‘‘Kini terpulang kepada cendekiawan untuk mengkaji dengan lebih mendalam mengenai fakta yang dikemukakan untuk menolak penubuhan negeri ini pada 1400,” katanya.
Sebelum ini, kerajaan negeri menerima cadangan sekumpulan penyelidik yang merumuskan sejarah penubuhan kerajaan Melayu Melaka diasaskan pada 1278, bukannya pada 1400 yang menjadi rujukan umum sebelum ini.
Keputusan dibuat pada Mesyuarat Pembentangan Hasil Penyelidikan Jawatankuasa Penyelidik pada April tahun lalu.
Subscribe to:
Posts (Atom)






