BOMOH TERLAMPAU PERDAYA WANITA NIKAH BATIN
Seorang bomoh terlampau yang sering menipu pesakitnya yang terdiri daripada golongan wanitauntuk melakukan “hubungan” dengan alasan perubatan akhirnya ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) di sebuah rumah di Kampung LBJ, Labu semalam.
Dikatakan, sebelum melakukan “hubungan” dengan pesakitnya, bomoh lelaki berusia 48 tahun itu turut mengadakan upacara nikah batin dengan wanita berkenaan.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Husaini Mustafa berkata, lelaki terbabit ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah hari di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan ketika merawat seorang wanita berusia 23 tahun.
Katanya, ketika ditahan, lelaki berkenaan hanya berseluar dalam manakala wanita terbabit masih berpakaian lengkap.