Thursday 11 April 2019

SIAPA KLON OTHMAN WOK DALAM POLITIK MALAYSIA HARI INI ?

Image result for othman wok

Dalam sejarah negara, ramai terlupa tentang antara sebab Singapura berjaya dikeluarkan dari Malaysia.

Salah seorang individu yang bertanggungjawab dalam pemisahan tersebut adalah (arwah) Othman Wok, bekas pengarang akhbar Berita Harian dan Utusan Melayu.

Kerana kuasa politik orang Cinalah Singapura terpaksa dipisahkan dari Malaysia. Othman Wok lah yang paling banyak membantu mempengaruhi orang Melayu Singapura yang kemudiannya dijadikan menteri dalam kerajaan Lee Kuan Yew sebagai ganjaran.

Diantara peranan yang dimainkan oleh Othman Wok pada masa itu ialah melakukan hasutan dan fitnah terhadap isu semasa dan menaikkan kemarahan anak muda terhadap UMNO Singapura.

Fitnah dan hasutan ini telah menjadikan anak muda terus menolak UMNO dibawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman.

Akhirnya.., UMNO tewas ke semua kerusi di Singapura.

Sekarang peranan Othman Wok mirip dengan apa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim mahupun Mat Sabu terus memperdayakan anak muda Melayu agar memberi undi kepada sekutu kuasa politik orang Cina PAP.

Setiap kali dia berceramah, setiap kali itu juga dia mengatakan yang hak-hak keistimewaan orang Melayu dan raja-raja Melayu ini hanya retorik dan mainan Tunku. Kononnya Tunku ada agenda lain, iaitu untuk merampas tanah orang Melayu di Singapura.

Pengkhianatan sedang dilakukan oleh beberapa pemimpin Melayu yang kini berada bersama DAP* untuk tujuan yang sama dilakukan oleh Othman Wok terhadap bangsa Melayu dan UMNO di Singapura.


Akhirnya bangsa Melayu Islam dan UMNO hilang di persada politik dan menjadikan bangsa Melayu seperti pengemis.

DAP dengan agenda liciknya sedang memporak perandakan dunia Islam di Malaysia. Melalui jaringan yang mantap penuh rahsia.

Jalan yang paling mudah ialah menghidangkan hiburan dan mengajak manusia yang bernama Melayu melakukan kerja bodoh dengan berdemo menentang kerajaan yang dipimpin oleh orang Melayu.

Pada awal 70an, Lee Kuan Yew telah mencadangkan agar semua jenazah orang Islam Singapura dibakar kerana kawasan kuburan sangat terhad.

Othman Wok yang juga Menteri mewakili orang Melayu membuktikan ketaatannya dengan menyokong pendirian Lee Kuan Yew itu sehingga mencetuskan bantahan MUIS dan seluruh masyarakat Islam.

Tindakan tersebut mempunyai persamaan di mana isu wang zakat, Azan, Kalimah Allah serta banyak lagi isu berkaitan dengan aqidah serta hukum halal dan haram di dalam agama Islam yang mahu dianggap sebagai perkara yang remeh dan dicadangkan agar di halalkan segalanya.

Sikap yang ditunjukkan Othman Wok saling tak tumpah dengan sebilangan pemimpin Melayu di Pakatan Rakyat yang sentiasa akur dengan DAP sebagai kata pemutus muktamad.


Apakah kita sehingga kini masih lagi dalam keadaan begitu bodoh yang mahu menerima pengkhianat seperti ini dalam politik kita.

Sehingga sekarang ini Othman Wok masih dianggap sebagai pengkhianat Melayu oleh kebanyakan orang Melayu Singapura, kerana hasutan dialah, Lee Kuan Yew mengharamkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS aka UMNO Singapura) salah satu sayap UMNO di Singapura.

Cara jalan cerita Othman Wok ini seakan sama dengan jalan cerita yang berlaku sekarang ini di negara kita.
Takkan kita orang Melayu di sini ingin jadi seperti orang Melayu di Singapura, ibarat melukut di tepi gantang, merempat di bumi sendiri.

Jangan sampai petualang Melayu seperti Othman Wok ini ada dan hidup membiak di dalam negara kita.
Terima Kasih Othman Wok kerana telah ‘menggadaikan’ nasib bangsa sendiri. 


Mirip siapakah watak Othman Wok di Malaysia? Tepuk dada tanya minda.


Nota : Othman Wok telah meninggal dunia di Singapore General Hospital  pada Isnin 17 April 2017 ketika berusia 92 tahun dan dikebumikan di Pusara Abadi di Tanah Perkuburan Islam Choa Chu Kang, Singapura.

No comments: