Friday, 13 May 2016

WARDEN PIJAK PELAJAR KOLEJ DIDAKWA HARI INI


PETALING JAYA: Warden yang didakwa memijak seorang pelajar di sebuah kolej vokasional di Sungai Buloh minggu lalu akan didakwa atas pertuduhan mencederakan orang.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Abdul Aziz Awang Darus yang dipetik Sin Chew Daily mengesahkan suspek itu akan dihadapkan ke mahkamah di Petaling Jaya esok pagi mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abd Rahim Jaafar sebelum ini mengesahkan kejadian itu berlaku kira-kira jam 5.30 petang 3 Mei lalu di Asrama Kasih Kolej Vokasional Sungai Buloh.

Video selama 1 minit 14 saat yang dimuat naik Pengerusi MyWatch, Datuk R Sri Sanjeevan ke Facebooknya Ahad lalu menunjukkan seorang lelaki dewasa berkopiah memijak seorang remaja lelaki yang dipercayai pelajar tingkatan empat sebelum remaja itu sempat menyalakan rokok di tangga.

Post a Comment