Friday, 1 April 2016

PELAKON TONY EUSOFF DITUDUH MILIKI DADAH

IMG_2016-04-01 13:30:17

Pelakon yang pernah membintangi Telefilem Saloma, Tony Eusoff telah diheret ke mahkamah Singapura semalam atas tuduhan memiliki dadah. Menurut laporan Berita Harian Singapura, Tony didakwa memiliki dadah terkawal Kelas A di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah.


Menurut laporan itu lagi, kertas pertuduhan itu menyatakan bahawa beliau memiliki satu paket yang mengandungi tidak kurang daripada 4.56 gram cebisan bahan sayuran yang dianalisis dan didapati mengandungi campuran ganja.
Tony yang berada di Singapura bagi menjalani penggambaran drama The Hush yang bakal ditayangkan pada bulan depan, ditahan semasa sampai ke dewan ketibaan bas Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) di Pusat Pemeriksaan Tuas pada awal bulan lalu.
Dadah Kelas A disifatkan sebagai dadah paling berbahaya dan menagihkan di negara tersebut. Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga 10 tahun, didenda sehingga hampir RM60,000 atau kedua-duanya sekali. Kes akan didengar lagi di Mahkamah Negara Singapura pada 12 April.

No comments: