Wednesday 20 April 2016

5 PELAJAR UMK JATUH GAUNG KETIKA BERSELFIE

BESUT 20 APRIL 2016. Anggota Bomba dan Penyelamat menaikkan mangsa yang tergelincik ke dalam gaung di bukit Keluang. IHSAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT NEGERI TERENGGANU

JERTIH: Lima pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang cuba mengambil gambar selfie, terjatuh dari puncak Bukit Keluang, dekat sini, ketika mereka menyertai aktiviti pendakian bersama 20 pelajar lain, tengah hari tadi.


Pelajar terbabit iaitu dua lelaki dan tiga perempuan berusia 20 tahun, dikatakan pergi ke bukit berkenaan pada kira-kira jam 1 tengah hari untuk menyertai aktiviti pendakian.

Bagaimanapun, lima pelajar terbabit dikatakan tergelincir ketika masing-masing sedang mengambil gambar dan terjatuh ke dalam gaung sedalam 24 meter.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Besut, Mohd Zailani Abdullah, berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu pada jam 1.15 tengah hari dan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kampung Raja bergegas ke lokasi kejadian.

“Hingga petang ini, dua daripada pelajar terbabit, iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan berjaya dibawa naik. Bomba masih berusaha membawa keluar tiga lagi pelajar dengan bantuan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

“Keadaan gaung yang dalam menyukarkan kerja menyelamat mangsa,” katanya - BeritaHarian

No comments: