Thursday, 25 February 2016

LANGGAR UNDANG-UNDANG NEGARA : SKMM SEKAT PENERBITAN TMI

banTMI25a_transformed

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat laman The Malaysian Insider ekoran tindakan portal berkenaan yang telah mengeluarkan kandungan yang menjurus kepada kesalahan di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


SKMM dalam satu kenyataan sebentar tadi, berkata sekatan itu juga dilakukan SKMM berdasarkan aduan dan maklumat yang diterima daripada orang ramai.

“Justeru, SKMM mengingatkan portal berita agar tidak menyebarkan atau menyiarkan artikel yang tidak ditentukan kesahihannya.

“Ini kerana tindakan sedemikian boleh mengundang kekeliruan dan mencetuskan situasi yang tidak diingini,” katanya.

Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 memperuntukkan mengenai penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain.-BH.

Post a Comment