Wednesday, 17 February 2016

4 SAHABAT MATI LEMAS DALAM KERETA


JOHOR BAHARU: Empat remaja lelaki dilaporkan hilang  sejak Rabu lepas ditemui mati lemas selepas kereta yang dinaiki terbabas ke dalam sungai.

Awal pagi Rabu, kesemua mangsa yang berusia 21 tahun iaitu Luqman Jainie, Abu Izzani Abu Bakar, Nik Shakir Zufayri dan Muhammad Asyraf Isa ditemui terperangkap bersama dalam kereta yang terbabas ke sungai di Tenggaroh, berhampiran Mersing.

Difahamkan orang awam telah melihat sebuah kereta di dalam sungai di KM50 di Jalan Kota Tinggi-Mersing dan telah memaklumkan kepada pihak bomba.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Mersing telah menarik keluar kereta itu dan kesemua mayat dibawa ke Hospital Mersing.

Timbalan Superintendan Polis Daerah Mersing S.M. Kumar berkata, pengecaman mayat telah dibuat oleh  keluarga masing-masing.

Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd dijangka akan mengadakan sidang media mengenai kes ini.

Keempat-empat remaja itu meninggalkan rumah mereka di Seri Alam dengan menaiki Honda Accord lebih kurang pukul 9.30 malam Rabu menuju ke Terengganu untuk bercuti.

Namun mereka gagal dihubungi oleh ahli keluarga masing-masing sebelum membuat laporan orang hilang pada 10 Februari.


......semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka....

Post a Comment