Monday 2 November 2015

GEMPAR ! KAKI KANAK-KANAK 3 TAHUN TERSEPIT DI ESKALATOR SURIA KLCC !!!


"Kejadian dipercayai berpunca apabila kasut mangsa tersepit di celah sebelah kiri tangga bergerak tersebut," kata Penolong Kanan Penguasa Bomba Sukarela pusat membeli-belah berkenaan, Che Shaari Abdullah kepada pemberita.

Seorang kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun terpaksa menahan kesakitan hampir 40 minit selepas pergelangan kakinya tersepit di eskalator di sebuah pusat membeli-belah terkemuka di ibunegara malam tadi.


Kejadian kira-kira jam 7.30 malam tersebut berlaku ketika kanak-kanak malang itu bersama keluarganya sedang turun dari aras tiga menuju ke aras dua pusat membeli-belah berkenaan, sebelum tersepit.

Sebanyak 13 pegawai dan anggota bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 7.39 malam.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian jam 7.48 malam, kami terpaksa mengumpil tangga tersebut bagi mengeluarkan kaki kiri mangsa.

"Operasi berjalan lancar dan mangsa hanya mengalami kecederaan ringan di pergelangan kakinya dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut," katanya.

"Dia (mangsa) memakai kasut. Tetapi anda boleh tersepit di ruang seperti itu sekiranya kaki anda terlalu kecil dan sekiranya anda tidak berhati-hati. Kanak-kanak itu dibawa ke hospital kerana kakinya cedera.

"Saya menasihatkan ibu bapa yang membawa anak kecil supaya berwaspada dengan anak-anak mereka apabila berada di tempat awam bagi mengelakkan kemalangan seperti ini," kata Che Shaari.


No comments: