Thursday 8 October 2015

NASA NAFi BUMI AKAN BERGELAP 2 MINGGU NOVEMBER INI


Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) menafikan dakwaan yang ‘viral’ di Internet kononnya bumi akan bergelap selama 15 hari kerana kedudukan dua planet iaitu Musytari dan Zuhrah dalam garis selari.

bumi-bergelap-15-hari-tipu
Berita palsu itu turut menyatakan bahawa fenomena yang dikenali ‘November Blackout’ akan berlaku pada 15 hingga29 November ini.
Jurucakap Unit Komunikasi Korporat ANGKASA memaklumkan bahawa dakwaan itu sama sekali tidak benar dan sengaja direka-reka untuk tujuan tertentu.
“Berita palsu itu mendakwa bahawa Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) kononnya mengesahkan bahawa bumi akan bergelap selama 15 hari dan fenomena itu dikenali sebagai ‘November Blackout’.
“ANGKASA ingin menegaskan bahawa berita itu adalah palsu dan hasil semakan daripada laman web rasmi NASA turut menafikan perkara itu,” katanya dalam satu kenyataan akhbar, di sini, hari ini.

No comments: