Friday 30 October 2015

ALI TINJU TUDUH KETUA UMNO BAHAGIAN SUNGAI BESAR PUNCA UMNO HURU-HARA ???



PETALING JAYA: Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos dituduh punca yang menimbulkan huru-hara dalam UMNO.


Dakwaan itu dibuat Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Melayu, Ali Baharom atau Ali Tinju.


Sebagai nasihat, dia memintanya supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan selain mematuhi tata tertib parti.

“Dia (Jamal) yang membuat huru-hara dalam UMNO, dia yang membuat caca-marba dalam politik UMNO, malah tindakannya tidak disokong oleh kebanyakan badan bukan kerajaan (NGO) yang lain,” katanya kepada FMT.

Ali Tinju membidas tindakan Jamal mengeluarkan kenyataan bahawa lebih 100 ketua UMNO bahagian menyokong Timbalan Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat.

Katanya, seperti yang diingatkan oleh Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz, Jamal sebagai ketua UMNO bahagian tidak layak mengeluarkan kenyataan sedemikin.

“Saya amat bersetuju dengan teguran Nazri Aziz, Jamal ini baru belajar politik dan masih tidak matang, oleh itu eloklah Jamal cermin diri dia dalam politik sebelum nak bercakap.

“Dia tidak perlu keluarkan kenyataan, biar parti yang membuat keputusan, beliau adalah ketua bahagian, beliau kena hormati parti, hanya presiden layak buat keputusan, kerana memecat adalah keputusan MT mengikut tatatertib yang perlu dipatuhi, dia tidak boleh pecat begitu sahaja,” katanya. -FMT

No comments: