Saturday, 26 September 2015

ALFATIHAH - IMAM MUDA MAUT TERTUSUK PARANG SEMBELIH LEMBU KORBAN


SUNGGUH menyayat hati… seorang imam muda maut selepas parang yang digunakan untuk menyembelih lembu tanpa diduga tertusuk pada lengan kirinya ketika menunaikan ibadah korban.

Kejadian dilaporkan berlaku di Surau Taman Cahaya Baru, Yong Peng, Johor kira-kira pukul 11 pagi pada Khamis itu, mengakibatkan mangsa yang dikenali Suharto Bin Meodjib Dimjati cedera parah.
Susulan itu, mangsa segera dikejarkan ke Klinik Kesihatan Yong Peng sebelum dia kemudian dibawa pula ke Hospital Batu Pahat untuk rawatan lebih lanjut.
Bagaimanapun, allahyarham Suharto gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia di wad kecemasan kerana kehilangan darah yang banyak.
wm3
Difahamkan, pada hari kejadian, mangsa ditugaskan memegang bahagian kepala lembu dan berkedudukan berhampiran imam yang menyembelih.
Namun, entah macam mana seekor lembu yang sedang disembelih secara tiba-tiba mengelupur dengan kuat sehingga mengakibatkan mangsa dan imam yang menyembelih tercampak ke belakang.
Malangnya, pada masa yang sama parang yang digunakan untuk menyembelih lembu tadi melantun terkena pula pada bahagian lengan mangsa.
wm1
Al-fatihah dan semoga mangsa ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh. – MYNEWSHUB.CC
wm

Post a Comment