Saturday 1 August 2015

HARAPAN PENCARIAN #MH370 BAKAL BERAKHIR ???


Penemuan serpihan sayap pesawat sepanjang 6 kaki di La Reunion telah memberikan harapan kepada pencarian  MH370 yang hilang dari imbasan radar dalam perjalanan ke Beijing  setahun yang lalu.


Serpihan yang dikatakan milik Boeing 777 dijumpai oleh pekerja pembersih pantai La Reunion beberapa hari yang lalu.

Hari ini pasukan penyiasat telah mengenal pasti  beberapa angka yang terdapat dibahagian serpihan yang  dijumpai.

Pasukan penyiasat berharap ini akan membantu mengenal pasti serpihan sayap yang sepanjang 6 kaki yang ditemui oleh penduduk tempatan membersihkan pantai dan sama ada ia datang dari pesawat Malaysia MH370 yang hilang.

Penemuan ini telah memberikan sedikit harapan kepada pasuakn penyiasat  ‘hampir pasti’ bahawa ‘flaperon’, sebahagian daripada pesawat yang digunakan untuk mengawal kedudukan pesawat di udara adalah kepunyaan Boeing 777, pesawat model yang sama dengan MH370 yang malang.

Angka  ini bukan nombor siri tetapi ianya adalah nombor penyelenggaraan yang digunakan untuk mengenal pasti  bahagian  komponen, Timbalan Perdana Menteri Australia Warren Truss kepada pemberita.

Walaupun sudah terdapat petunjuk yang baru melalui angka yang ada pada serpihan pesawat, namun ianya mengambil masa untuk mengenal pasti bahagian bahagian pesawat  kepunyaan Boeing 777 dan jika benar ianya mempercepatkan lagi proses pencarian MH370 yang hilang setahun lalu.

Dibawah ini adalah nombor yang terdapat pada serpihan sayap pesawat yang dijumpai. No yang dilihat pada sayap tersebut ialah ‘657BB’ dan nombor ini merujuk kepada gambarajah  dibawah ini.



Sekumpulan Penyiasat penerbangan akan berlepas ke Perancis, India Island untuk menentukan samada  bahagian yang serpihan sayap tersebut dimiliki oleh  MH370.

MH370 yang hilang pada Mac tahun lepas yang membawa 239 penumpang dan anak kapal dari Malaysia, Kuala Lumpur, ke Beijing, telah menjadi salah satu misteri kehilangan yang terbesar dalam sejarah penerbangan.

Pakar-pakar telah berpendapat mengatakan bahawa arus laut mungkin telah membawa serpihan yang beribu-ribu kilometer dari lokasi kemalangan sebenar sehingga ke  Pulau Reunion, di luar pantai Madagascar, telah mengambil masa lebih kurang 16 bulan.

Pada masa yang sama, Syarikat penerbangan Malaysia mengingatkan kepada orang ramai agar tidak membuat  andaian dan kesimpulan mengenai serpihan sayap yang dijumpai  sehingga ianya  telah  dikenal pasti sepenuhnya.

Selain daripada kehilangan MH370, pihak penyiasat penerbangan juga akan mengenal pasti samada  kepingan serpihan sayap tersebut  adalah dari serpihan kemalangan pesawat engine berkembar yang berlaku pada 4 Mei 2006 atau penerbangan A310 Yemenia yang terhempas di luar persisir pantai Comoros pada tahun 2009. SUMBER

No comments: