Thursday, 21 May 2015

PENDEDAHAN VIDEO UCAPAN TPM ADALAH KONSPIRASI TERANCANG ???


Ramai penyokong Pembangkang serta pentaksub Tun Mahathir bersorak gembira hari ini apabila satu video klip yang didakwa "pemberontakan" Timbalan Perdana Menteri, TS Muhyidin Yassin bersama para pemimpin UMNO didedahkan oleh media.

Di dalam video berkenaan, TS Muhyidin dikatakan mahu semua yang terlibat dengan 1MDB dipecat serta merta dan disiasat oleh pihak berkuasa. Muhyidin juga dikatakan tidak bersetuju dengan Perdana Menteri serta mahu beliau menjawab segala isu berkenaan 1MDB.

Video tersebut disebarkan dengan matlamat mahu menunjukkan seolah-olah ada perpecahan diantara barisan kepimpinan kerajaan BN dan juga kepimpinan UMNO. Tukang muatnaik video berkenaan juga sudah tentunya mahu orang ramai beranggapan bahawa Muhyiddin kini sudah tidak menyokong kepimpinan Perdana Menteri Najib Razak.

Malangnya, tukang muatnaik video berkenaan lupa bahawa kenyataan Muhyidin di dalam video berkenaan dibuat sebelum Pilihanraya kecil Rompin dan juga Permatang Pauh iaitu pada sekitar pertengahan bulan April 2015.

Muhyidin juga sekali lagi mengulangi pendirian beliau pada 6 Mac 2015, iaitu sejurus selepas lawatan beliau ke Milan, Itali berkenaan kebimbangan mengenai isu 1MDB yang dimanipulasi oleh pihak pembangkang dan juga Mahathir untuk memburukkan kerajaan.

Bagaimanapun, segala kemelut persoalan mengenai 1MDB telahpun dijelaskan oleh Perdana Menteri kepada seluruh barisan kepimpinan Umno didalam Mesyuarat Majlis Tertinggi yang berlangsung pada 11 Mei 2015.

Ini bermakna, segala persepsi dan juga fitnah yang cuba dilemparkan oleh tukang muatnaik video serta portal pembangkang terhadap perpecahan diantara Perdana Menteri dan juga Muhyiddin adalah TIDAK BENAR! 

Sebab itulah ketika di dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini, Timbalan Perdana Menteri menyatakan beliau tidak menentang kepimpinan Presiden Umno dan juga Perdana Menteri. Beliau hanya berkongsi pandangan-pandangan dengan pemimpin-pemimpin politik serta rakan-rakan didalam kepimpinan Umno supaya mereka lebih memahami.

Jadi kesimpulannya, video lama Muhyiddin yang muatnaikkan tersebut hanyalah satu agenda jahat dari orang-orang yang mahu menggulingkan kerajaan sedia ada. Mereka-mereka ini semakin terdesak untuk membuat kacau didalam negara dengan menghasut rakyat melalui berita yang tidak benar.

Diharap pihak UMNO dapat segera menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang mengambil video secara curi-curi seperti ini kerana ianya jelas program tertutup di mana sebarang rakaman adalah tidak dibenarkan. - Utaranews.com

Post a Comment