Sunday, 17 May 2015

NUR MISUARI KAHWINI GADIS 19 TAHUN SEBAGAI ISTERI KE-5

Pengasas dan pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari,76, dilapor telah berkahwin dengan gadis berusia 19 tahun, Shery Rahem dan kini telah hamil, sejak lima bulan lalu.

Awang Selamat dalam kolumnya Mingguan Malaysia berkata laporan media Filipina mendedahkan ini perkahwinan kelima pemimpin MNLF itu di mana isteri pertamanya meninggal dunia beberapa tahuh lalu.
“Segelintir orang memang ditakdirkan mudah bertemu jodoh.
“Bak kata pujangga, jodoh tak mengenal usia,” katanya.
Awang berkata di sebalik Misuari menjadi buruan pihak berkuasa ekoran pertempuran di Zamboanga City pada 2003 dan dibelenggu banyak masalah serta isu, ia tidak menghalang beliau untuk menambah isteri.
“Ohhh dunia,” ujarnya lagi.
- The Rakyat Post

Post a Comment