Friday, 24 April 2015

SIAPA TAJA AZWAN BRO UNTUK TUMBANGKAN NAJIB ???


EXCO Pemuda UMNO, Armand Azha Hj Abu Hanifah, menafikan laporan MYKMU mengenai gerakan Lima Sekawan untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Menurut Armand Azha, mereka hanya membincangkan isu 1MDB tanpa membabitkan Presiden UMNO itu dan laporan MYKMU berniat jahat bertujuan ratings. 


Sebenarnya MYKMU telah melihat salinan laporan yang akan dihantar kepada Perdana Menteri dan mempunyai sumber yang boleh dipercayai untuk mengesahkan laporan tersebut.
Namun sekadar persoalan malam ini, mesyuarat Naib Ketua Pemuda UMNO dengan Pemuda UMNO Johor berlangsung pada jam 1.30 petang semalam di bandar Muazam Shah, Pahang.
Armand menyatakan ia sekadar membincangkan isu 1MDB dan menyalahkan pengurusan 1MDB semata.
Jika demikian mengapakah status Facebook Armand pada jam 2 petang semalam dengan jelas menyatakan beliau lebih sayangkan parti dari individu?
Bukankah status yang berlaku serentak dengan perbincangan hangat dalam perjumpaan tersebut menunjukkan arah lima sekawan ini?
arman1
Sejak beberapa hari lalu Armand juga dengan jelas  menggunakan hastag #jebat, yang merupakan watak penentang pemerintah dalam sejarah Melayu.
Selain Armand, seorang lagi EXCO Pemuda yang terbabit dalam permainan minda ini ialah Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi. Status Facebook beliau seawal 21 April lalu sudah membayangkan hasutan kepada pemuda untuk menjatuhkan Mohd Najib
putrasyamsul
Mereka boleh menafikan apa yang berlaku dalam perjumpaan terbabit. Namun, laporan perjumpaan terbabit jika digabungkan dengan status-status mereka beberapa hari lalu hanya mengesahkan gerakan tersebut,
Mungkin jalan terbaik untuk lima sekawan ini membersihkan nama mereka ialah dengan membuat laporan polis agar satu siasatan yang jelas dapat dijalankan.
Namun lebih elok jangan menegakkan benang basah. Isytihar sahaja dengan nyata dan jelas tidak lagi menyokong Presiden parti. BACA SETERUSNYA ..... DI SINI
LAPORAN MYKMU sebelum ini menyebutkan bahawa  Kempen Barisan Nasional di Pilihan Raya Kecil Rompin, Pahang berhadapan dengan “setback” apabila Pasukan Lima Sekawan Pemuda UMNO Malaysia lebih menumpukan usaha menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berbanding menyusun jentera memenangi Pilihan Raya Kecil.

Lima Sekawan itu diketuai oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun, EXCO Pemuda UMNO Malaysia, Arman Azha Abu Hanifah, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi, Sheikh Ahmad Nafiq Sheikh A Rahman dan Penolong Setiausaha Pemuda Barisan Nasional, Datuk Mohamed Shafri Abd Aziz.
Dalam satu pertemuan dengan Pemuda UMNO Johor di Rompin semalam, Khairul Azwan atau lebih dikenali sebagai Azwan Bro, telah menghasut Ketua-Ketua Pemuda UMNO Bahagian di Johor agar menentang kepimpinan Presiden UMNO dan Perdana Menteri.
Azwan yang sepatutnya membincangkan strategi kempen Pemuda di Rompin mengejutkan Pemuda UMNO Johor kerana hanya berminat membincangkan isu sokongan Pemuda kepada Perdana Menteri.
Menurut sumber, Azwan mengingatkan Pemuda Johor bahawa sokongan Pemuda UMNO Malaysia adalah kepada jawatan Presiden UMNO bukannya kepada Mohd Najib Tun Razak.

.... SETERUSNYA BACA DI SINI

Post a Comment