Tuesday 24 February 2015

#MH370 DITERBANGKAN KE ANTARTIKA SECARA SENGAJA OLEH SESEORANG YG BERADA DI KOKPIT ???


CUMA beberapa minggu sebelum genap setahun kehilangan pesawat MH370 milik Malaysia Airlines (MAS), program dokumentari terkenal National Geograpic bakal tampil dengan pendedahan fakta-fakta yang mengejutkan.

Antaranya, pesawat tersebut dipercayai diterbangkan menuju Antartika secara sengaja.
Selain itu berdasarkan hasil rujukan data dari satelit, pesawat berkenaan turut disyaki terbang selama beberapa jam selepas terputus hubungan dengan radar.
Menerusi laporan akhbar United Kingdom iaitu The Mirror pula, seorang pakar penerbangan percaya, pesawat itu membuat tiga pusingan sebelum ghaib dari radar menara kawalan trafik udara.
Pusingan pertama ujarnya, menghala ke kiri manakala pusingan kedua dan ketiga membawa pesawat itu ke arah barat dan selatan Antartika.
Dalam pada itu seorang pakar berkaitan bencana penerbangan, Malcolm Brenner berkata, pusingan yang dilakukan itu dipercayai dibuat oleh ‘seseorang’ yang berada dalam kokpit secara sengaja, sekaligus membawa MH370 tersasar dari laluan asalnya.
Brenner memberitahu The Mirror, “Kemalangan ini menarik perhatian dunia yang saya sendiri tidak pernah lihat sepanjang penglibatan 40 tahun dalam kerjaya penerbangan.”
Program khas terbitan National Geographic bertajuk ‘Malaysian 370: What happened?‘ akan ke udara pada Ahad, 8 Mac sempena genap setahun kehilangan penuh misteri pesawat jenis Boeing 777 itu.
MH370 hilang pada tanggal 8 Mac 2014, tidak berapa lama selepas ia terbang dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Beijing dengan membawa 239 individu.
Lebih kurang 10 bulan selepas kehilangannya, kerajaan Malaysia pada 29 Januari akhirnya membuat pengisytiharan bahawa pesawat tersebut terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan kesemua individu di dalamnya.
Sehingga kini, serpihan mahupun sebarang klu yang boleh terkait dengan kehilangan MH370 gagal ditemui apatah lagi merungkai di mana kedudukan sebenar pesawat berkenaan.
Misi mencari dan menyelamat MH370 dilaporkan bakal dihentikan pada Mei depan.
- MYNEWSHUB.CC

No comments: