Thursday 8 January 2015

FITNAH PELEKAT GAMBAR PM DI BUNGKUSAN BERAS UNTUK MANGSA BANJIR, LAPORAN POLIS KE ATAS MALAYSIAKINI

IMG_0868

Briged Kesatria Muda Malaysia telah melakukan satu laporan polis berhubung kenyataan fitnah yang telah dikeluarkan MalaysiaKini dan Blog SyedOutsideTheBox berhubung dakwaan pelekat gambar YAB Perdana Menteri dan Dato’ Seri Ismail Sabri pada bungkusan beras yang telah dibekalkan oleh Kementerian Pertanian kepada mangsa banjir tempoh hari yang dibantu diedarkan oleh Briged Kesatria Muda Malaysia.

Laporan tersebut telah dilakukan oleh Saudara Arman Shah Hj Abu Hanifah mewakili Briged Kesatria Muda di Balai Polis Mutiara Damansara. Beliau telah menaytakan bahawa gambar yang memaparkan gambarnya sendiri melakukan kerja-kerja sukarelawan telah dimanipulasi dan disebarkan melalui aplikasi WhatsApp dan di laman media sosial.
Antara petikan blog itu berbunyi ” sesetengah dungu telah membuang Wang untuk mencetak Penanda dengan wajah Perdana Menteri dan Pertanian Asas Tani. Ia akan menyebabkan terpaksa bayar lebihan pekerja untuk kerja-kerja menampal” Sedangkan kenyataan sebenar adalah berlainan.
Gambar dan kenyataan tersebut kemudiannya telah  disensasikan oleh Malaysiakini dengan beberapa artikel yg tidak benar hingga mnyebabkan ‘viral’ dan tanggapan yang salah kepada masyarakat. - http://klxpress.com.my/?p=21148

No comments: