Saturday, 27 December 2014

WARGA TELUK INTAN PANIK... KHABAR PALSU MENARA JAM CONDONG AKAN TENGGELAM DILANDA BANJIR BESAR


TELUK INTAN : Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menafikan khabar angin sesetengah pihak yang mendakwa kawasan Teluk Intan termasuk Menara Condong akan tenggelam akibat banjir besar tidak lama lagi.

Menurutnya, sejak seminggu lalu terdapat banyak khabar angin dan spekulasi terutama dalam laman sosial yang mendakwa bandar Teluk Intan yang terletak di kawasan lembangan Sungai Perak akan dilanda banjir buruk.

Katanya, melalui pemantauan aras air yang dilakukan, pihaknya mendapati tidak akan berlaku banjir besar di situ termasuk kenaikan air secara mendadak.

"Sehingga lewat petang ini, Teluk Intan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda akan berlaku banjir dan kita berharap sebarang kejadian tidak diingini tidak akan berlaku.

"Namun kita masih perlu berjaga-jaga serta melakukan pemantauan bagi mengelakkan berlakunya kejadian tidak diingini," katanya kepada pemberita selepas mengiringi Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa meninjau keadaan Sungai Perak di jeti Kampung Terengganu di sini, petang semalam.


Admin sendiri dihubungi oleh beberapa orang kenalan lama  dan saudar mara di Teluk Intan menyatakan kebimbangan mengenai berita tersebut. Dalam keadaan dukacita dengan musibah banjir di beberapa negeri sekarang ini, janganlah hendaknya segelintir 'keyboard warrior' mencetuskan kerisauan di kalangan penduduk...

No comments: