Friday 19 September 2014

TASHA SHILA BUAT PROJEK DENGAN KEKASIH DALAM BILIK AIR ???


Boleh tahan 'panas' dakwaan kru produksi yang mengatakan pelakon Tasha Shila membuat perkara sumbang dengan kekasihnya, Hans, sewaktu penggambaran sebuah drama bersiri di dalam bilik air, baru-baru ini.


Menerusi laporan Harian Metro hari ini, ada kru produksi penggambaran drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna mendakwa Tasha Shilla dan kekasihnya, Hans memadu asmara dalam bilik air yang ditempatkan di lokasi penggambaran.

“Siapa yang cakap benda macam ini? Saya taknak komen panjang-panjang selagi tak jumpa orang yang menyampaikan cerita itu!” tegas Tasha Shilla mengulas khabar angin ini.

“Saya sampai tak tahu nak kata apa. Memang mengejutkan sebab macam tak sudah-sudah orang nak memalukan saya dengan cerita macam ini.

 Saya sedar ia bukan pertama kali dilemparkan, tapi cukup-cukuplah buat saya macam ini. Ini tuduhan melampau dan memalukan”

“Takkan saya tak boleh berfikir sampai perlu buat benda macam itu di tempat kerja?” tambahnya lagi yang telah menjalin hubungan cinta bersama Hans sejak akhir 2013 lalu.

No comments: