Tuesday 19 August 2014

SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA GAGAL DIDIK LIM GUAN ENG JADI WARGANEGARA BERHEMAH !!!


P.PINANG, 19 OGOS: Ketua Menteri P.Pinang, Lim Guan Eng dalam satu sidang media di sini telah menempelak kerajaan Malaysia dengan mendakwa bahawa sistem pentadbiran Malaysia jelas gagal dan tidak sistematik.

Menurut Guan Eng, perkara ini sudah lama diperhatikan oleh pihaknya dan punca utama terjadinya perkara sebegitu dipercayai kerana terlalu banyak berlakunya campur tangan politik di dalam sistem pendidikan membuatkan ianya semakin bercelaru sehingga membuatkan ibu bapa bukan bumiputera hilang keyakinan terhadap sistem di negara ini.

Dalam kritikannya itu, Guan Eng telah merujuk kepada aduan seorang murid Cina yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan STPM tetapi tidak mendapat tempat di dalam kursus perubatan yang dipohonnya sebaliknya telah mendapat tempat di dalam kursus kejururawatan di Intitut Pengajian Tinggi Awam yang lain.

“Baru-baru ini seorang pelajar dari Klang, Ng Li Ying, yang memperoleh semua A dalam peperiksaan STPM telah dinafikan peluang untuk mengambil kursus perubatan, pergigian, dan farmasi walaupun telah memohon kepada sembilan universiti tempatan. Beliau sebaliknya ditawarkan kursus kejurawatan. Kejadian sedemikian telah berlaku berulang kali, menyebabkan pelajar dan ibu bapa hilang keyakinan terhadap sistem pendidikan negara." ujar Guan Eng kepada media semalam.

Sambil menyalahkan kerajaan , Guan Eng turut menambah dengan berkata bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib seharusnya berlaku adil kepada kaum Cina dalam bidang pendidikan agar golongan belia Cina tidak memandang serong kepada kerajaan sekaligus dapat bersama mengembling tenaga untuk memajukan sistem pendidikan di negara ini.

"Saya ingin menegaskan jalan terbaik kini bagi kerajaan adalah dengan meraih semula keyakinan pelajar dengan menawarkan kepada mereka tempat di universiti berdasarkan kursus pilihan mereka sebelum cuba untuk menarik pelajar asing ke Malaysia sekaligus memajukan bidang pendidikan di negara ini." tambah beliau lagi.-UtaraNews.com

No comments: