Wednesday 11 June 2014

MERTUA SETAN..... KOREK BIJI MATA MENANTU DENGAN PISAU DI DEPAN CUCU HANYA KERANA SALAH SANGKA !!!


LONDON : Seorang lelaki bertindak kejam terhadap menantu perempuannya dengan menikam kedua-dua belah matanya selepas tersalah sangka bahawa menantunya menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki beragama Islam yang berasal dari Pakistan.

Manjit Singh Mirgind, 51, menyerang Jageer Mirgind dengan kejam menggunakan pisau dan menggorek mata menantunya itu di depan dua anak Jageer.

Ia menyebabkan Jageer menjadi buta manakala anak-anaknya pula mengalami trauma akibat kejadian itu dan tidak dapat tidur malam.

Manjit menyifatkan perbuatan Jageer itu sebagai memusnahkan keluarganya selepas dia tersalah sangka bahawa menantunya itu meniduri seorang lelaki Pakistan, sedangkan hakikatnya Jageer menjadi mangsa beberapa panggilan palsu.

Menurut kertas pertuduhan mahkamah, Manjit telah menendang muka Jageer sebelum menariknya ke dapur di mana dia telah menendang mangsa hingga lemah dan menikam kedua-dua mata mangsa.

Akibat kekejamannya itu, Manjit dihukum penjara 10 tahun. Manakala Jageer dan anak-anaknya telah berpindah ke tempat lain. (sumber

No comments: