Sunday 30 March 2014

ISTERI PILOT #MH370 AKUI RUMAHTANGGA BERGOLAK DAN ZAHARIE BANYAK HABISKAN MASA DI DALAM BILIK SIMULATOR PENERBANGAN


Menurut Daily Mail sebagaimana dipetik dari mymediahubonline :
  • Kapten Zaharie Ahmad Shah dalam proses ingin bercerai dengan isterinya
  • Beliau didakwa enggan menghadiri sessi kaunseling perkahwinan
  • Beliau banyak menghabiskan masa dengan simulator penerbangannya berbanding dengan keluarga
Menurut Daily Mail juga, juruterbang pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu itu, sebelum ini mengalami masalah rumahtangga seperti yang didedahkan oleh keluarganya kepada Daily Mail.

Bercakap kepada media buat pertama kalinya semenjak kehilangan pesawat itu, isteri dan anak perempuan Kapten Zaharie berkata, pilot yang berusia 53 tahun itu terganggu sebelum kehilangan pesawat berkenaan.

Namun, tiada sebarang nota bunuh diri dan motif yang ditemui.  Pihak berkuasa masih meneruskan siasatan terhadap latar belakang juruterbang itu.

Isterinya, Faizah Khanum Mustafa Khan memberitahu penyiasat bahawa dia telah berhenti bercakap dengan beliau pada minggu-minggu sebelum penerbangan berkenaan dan mengakui dia banyak menhhabiskan masa bersendirian di dalam bilik simulator penerbangannya.

Sementara itu, Aishah Zaharie, 28, anak perempuan juruterbang berkata, dalam perbualan terakhir dengan ayahnya :
'..... dia bukan ayah yang saya kenali, dia seolah-olah terganggu'
Minggu yang lalu, Faizah dan Aishah bersama-sama dengan ahli-ahli keluarga yang lain telah disoalsiasat oleh polis.

Walaupun tingkah laku Kapten Zaharie itu tidak seperti biasa, keluarganya tetap yakin bahawa beliau tidak bersalah dalam hal ini (kehilangan pesawat MH370).

Faizah Khan pada mulanya enggan menceritakan hal pergolakan rumahtangganya dan dia menolak dakwaan bahawa suaminya terlibat dalam kehilangan pesawat berkenaan.
'... Ini tidak adil untuk menyalahkan suami saya!' 
Walau bagaimanapun, sepanjang soalsiasat, beliau telah memberitahu polis bahawa Kapten Zaharie menjadi semakin terganggu di bulan-bulan sebelum penerbangan malang berkenaan.

"Saya dapati dia menjadi jauh dan sukar difahami", katanya.

Walaupun mereka masih tinggal di rumah yang sama, Zaharie banyak menghabiskan masa dengan bersendirian berbanding untuk bersama dengan keluarganya.

Apabila dia tidak bertugas, Zaharie banyak meluangkan masa dengan rakan-rakannya daripada bersama dengan keluarga. 

Menurut Aishah pula, ayahnya bukan seperti biasa dan mendapati dia mudah marah.

Aishah mengakui, ayanya ada bercakap mengenai masalah hubungan dia dengan ibunya dan dia merasakan tiada lagi jalan perdamaian yang boleh dilakukan.  Dan ayahnya juga bertanya, bagaimana dia rasa jika ibu dan bapanya bercerai?

Aishah cuba memujuk ayahnya dengan menyarankannya merujuk kepada orang-orang tuan yang arif tentang agama dan cuba memperbaiki hubungan mereka tetapi Zaharie menolak saranan tersebut.

Aishah menjelaskan kepada penyiasat dia tidak tahu jika ayahnya mempunyai wanita lain dalam kehidupannya.

Namun, Aishah tetap tidak percaya bahawa ayahnya sengaja dan membahayakan nyawa anak-anak kapal dan penumpang beliau  -  DAILY MAIL

No comments: