Friday 14 February 2014

HANYUT DI LAUTAN PASIFIK 14 BULAN...... DAN SELAMAT !!!


Nelayan yang hanyut selama 14 bulan di lautan Pasifik mendakwa pernah meminta bantuan daripada beberapa buah kapal yang melalui kawasan berkenaan namun ia tidak diendahkan, kata menteri kesihatan El-Salvador.


Selepas mengadakan pertemuan dengan mangsa, Jose Salvador Alvarenga di hospital, menteri berkenaan, Maria Isabel Rodriguez berkata, keadaan fizikal nelayan berkenaan adalah baik namun dia memerlukan perhatian dari segi psikologi ekoran trauma daripada kejadian itu.

Alvarenga, 37 mendapatkan rawatan di sebuah hospital berdekatan San Saldavor selepas diterbangkan daripada Pulau Marshall di mana dia dihanyutkan dua minggu lalu.

Alvarenga berkata, dia hanyut apabila bot yang dinaikinya mengalami kerosakan ketika mengikuti satu trip memancing jerung di perairan selatan Mexico pada hujung tahun 2012 sebelum sejauh 12,500 kilometer dalam tempoh lebih setahun.

Seorang lagi kru berusia 24 tahun yang turut sama dalam trip berkenaan bagaimanapun meninggal dunia setelah mengalami masalah penghadaman empat bulan selepas hanyut dan hanya bergantung kepada air kencing, darah penyu, ikan mentah dan daging burung sebagai makanan, kata Alvarenga.

“Dia hampir berputus asa untuk kembali ke daratan setelah tidak mendapat sebarang bantuan. Alvarenga turut menceritakan bagaimana beberapa buah kapal yang menghampiri bot yang dinaikinya namun enggan menghulurkan bantuan,” kata Rodriguez dalam satu sidang media di Hospital Kebangsaan San Rafael.-13/2/2014

Hanyut di Lautan Pasifik 14 bulan... dan selamat!!!

Keluarga nelayan yang mendakwa hanyut di Lautan Pasifik selama 14 bulan tidak dapat menahan kegembiraan mereka selepas mendengar kisah menakjubkan bagaimana dia terselamat.

Dalam temubual yang berjaya membuktikan serta mengesahkan identitinya, ibu José Salvador Alvarenga, María Julia berkata, dia mendoakan keselamatan anaknya setiap hari malah melihatnya dalam mimpi.

“Dalam setiap mimpi saya memang dia masih hidup namun tiba-tiba bayangan itu hilang. Saya mengalami mimpi itu beberapa hari. “Saya terlalu gembira kerana dia masih hidup dan akan kembali kepada kami tidak lama lagi,” katanya.

Ayahnya José Ricardo Orellana berkata: “Perasaan saya bercampur-campur, sedih ada gembira pun ada. Saya tidak pernah mendoakan dia kembali kepada kami.” Anak Alvarenga, Fatima, 14, yang tinggal bersama pasangan itu juga tidak sabar menemui ayahnya itu.

“Saya akan memeluk dan menciumnya sepuas hati,” katanya.


Sementara itu, Alvarenga yang digelar ‘Lelaki Ajaib Pasifik’ melalui transformasi apabila rambut dan janggutnya yang hampir merah akibat terdedah kepada matahari dan air garam dipotong selepas hanyut di lautan terbesar dunia.

Alvarenga turut mengakui semalam dia pernah terfikir untuk membunuh diri kerana hampir putus harapan.

“Namun saya cekalkan hati dan mendoakan Tuhan menyelamatkan saya,” katanya kepada akhbar Telemundo.

Menurutnya, perkataan pertama dituturkan ketika ditemui penduduk di Ebon Atoll adalah ‘Tortilla!’ merujuk kepada makanan di negara asalnya. 

No comments: