Thursday 17 October 2013

MALAYSIA PENGGUNA ROKOK HARAM KE-3 TERTINGGI DI ASIA

rokok.png

Tahukah anda, ini mungkin perkara-perkara yang anda tidak pernah dengar berkenaan isu rokok haram...
1. Malaysia pengguna rokok haram ke-3 tertinggi di antara 11 negara Asia (ITIC & Oxford Economics 2013)

2. 34.5% jumlah rokok yang terjual di Malaysia adalah haram (ITIC 2012)

3. Malaysia hilang hasil cukai bernilai RM1.9 bilion pada tahun 2012 kerana rokok haram

4. Di Malaysia, 'rokok haram' BUKAN bermaksud jenama rokok seperti Marlboro, Dunhill, dll yand dipalsukan

5. Apa yang dimaksudkan adalah rokok yang dihasilkan secara murah

6. Aktiviti penjualan rokok haram di Malaysia terbahagi kepada dua

7. Rokok haram dijual pada separuh harga rokok asli dengan harga RM3.50 sepaket. Ini bermakna, ia lebih mudah dibeli oleh remaja.

8. Rokok haram adalah cara paling lumayan untuk mendanakan jenayah terancang dan aktiviti pengganas. Permintaanya tinggi, untung tinggi dan penaltinya rendah

9. Rokok haram ada juga kaitan dengan pengedaran dadah dan penyeludupan manusia

10. Rokok haram tidak dikawal oleh kerajaan atau penguatkuasa kesihatan

11. Ianya berkemungkinan besar dicemari bahan pengawet yang memudaratkan

12. Rokok haram mungkin ada satu atau lebih dari ciri-ciri berikut (klik SINI atau gambar untuk keterangan lanjut)

No comments: