Monday 21 October 2013

BANJIR DI DAERAH MANJUNG : 500 PENDUDUK DIPINDAHKAN


IPOH : Sejumlah lebih 500 penduduk di lima kampung di Daerah Manjung dipindahkan ke dua pusat pemindahan banjir selepas kawasan penempatan mereka dinaiki air berikutan hujan sejak tengah hari semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis Mohd Asri Mohd Ariff berkata kesemua mangsa adalah dari Kampung Pantai Tin, Taman Pantai Wang, Kampung Tebuk Yan, Parit Marikan dan Batu 13 Segari.

"Seramai 530 dari 17 keluarga dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Sungai Batu manakala 56 mangsa dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Tebuk Yan," katanya ketika
dihubungi Bernama.

Setakat pukul 7.00 malam, air berada pada paras 1.25 meter berikutan hujan yang masih berterusan.

Katanya selain faktor hujan lebat, fenomena air pasang juga menjadi punca banjir.

Beliau berkata kerjasama bersepadu telah digerakkan oleh agensi kerajaan terlibat bagi memudahkan penyelarasan dan bantuan kepada mangsa banjir.  - Bernama
Gambar sekadar hiasan.

No comments: