Tuesday 6 August 2013

WAN AISYAH DISERAH KEPADA TEMAN LELAKI IBU BERSAMA WANG TUNAI RM25K DAN SIJIL KELAHIRAN.....fuhhh!!!


Puan Arbaiyah Md Zin, guru matematik berusia lewat 30an, mungkin tidak menjangka bahawa perkenalannya dengan  seorang jejaka menerusi laman sosial Facebook akan membawa malapetaka dalam hidupnya apabila jejaka yang dirancang untuk dikahwininya itu telah menculik anak perempuannya yang berusia 3 tahun. 'Jejaka idaman' ibunya itu bernama Shahrizal Yusof.


Selain menyerahkan anaknya untuk dijaga oleh lelaki 'hidung belang' tersebut, Arbaiyah juga turut memberikan wang tunai RM25,000 (untuk pelaburan perniagaan emas dan membeli keperluan perkahwinan) berserta sijil kelahiran anaknya kepada lelaki yang hanya baru dikenalinya beberapa minggu itu, kerana mereka merancang untuk berbulan madu selepas berkahwin..... Fuhh..!!!

Ikuti selanjutnya...... KLIK DI SINI

arbaiyah

Bagaimanapun, kanak-kanak dengan nama penuh Wan Aisyah Wan Exzam, 3, telah ditemui semula dan selamat kembali ke pangkuan keluarganya.  Kanak-kanak itu dijumpai di bandar George Town, Pulau Pinang. 


Kanak-kanak itu diserahkan kepada polis di Balai Polis Sungai Nibong, di sini pada 11 pagi semalam, oleh seorang wanita yang mengaku sebagai ibu kepada lelaki yang melarikan (menculik) Wan Aisyah.

BACA LAGI.... KLIK DI SINI

No comments: