Monday 5 August 2013

REST IN PEACE : HERO HOKI MALAYSIA.....MARCUS CHUA BOON HUAT


LEBIH 1,000 BERI PENGHORMATAN TERAKHIR KEPADA HERO HOKI MALAYSIA....

MELAKA : Mayat pemain hoki kebangsaan Chua Boon Huat yang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Damansara-Puchong berhampiran stesen LRT Kelana Jaya, di ibu negara Khamis lalu, dibakar di Melaka Memorial Park di sini, hari ini. 




Upacara jam 3.30 petang itu dihadiri lebih 1,000 orang merangkumi anggota keluarga, rakan-rakan, rakan sepasukan, atlet negara, serta peminat mendiang. 



Antara yang hadir ialah ketua jurulatih skuad hoki negara, Paul Revington dan pembantu jurulatih, Arul Selvaraj; bekas jurulatih hoki negara, Tai Beng Hai, Steven Stephen Van Huizen; bekas pemain hoki kebangsaan Nur Saiful Zaini Nasiruddin serta bekas ketua pasukan bola sepak negara, Datuk Soh Chin Aun. 


Peminat dan rakan mendiang dilihat memakai baju-T berwarna hitam yang bertulis "We Love Chua Boon Huat" pada bahagian hadapan dan nombor 3 di bahagian belakang baju itu. 

Abu mendiang akan ditempatkan di Tokong Seck Kia Eenh di Gajah Berang di sini. 

Terdahulu, mayat mendiang Chua diberi penghormatan terakhir di kediaman keluarganya di Semabok Perdana di sini, sebelum kerandanya yang diselubung dengan bendera Malaysia diusung secara bergilir oleh rakan dan atlet negara ke kenderaan untuk dibawa ke Melaka Memorial Park. 

'Terima kasih Boon Huat '
JURULATIH hoki negara, Paul Revington menziarahi kali terakhir pemain hoki Malaysia, mendiang Chua Boon Huat di tempat persemadian di Bukit Jelutong, Melaka, semalam. - Foto Rasul Azli Samad

Revington ketika menyampaikan eulogi pada upacara itu menyifatkan mendiang sebagai seorang pemain hoki yang tangkas dan berbakat besar.
 
"Mendiang adalah pemain bertaraf dunia dan seorang yang berdiri teguh untuk semua... kami akan merindui rambut panjang beliau dan ikatan ekor kudanya," katanya. 

Beliau berkata, mendiang juga sentiasa memberi sepenuh komitmen ketika beraksi bagi membantu skuad negara memperoleh kejayaan di padang. 

Katanya, Chua akan dikenang selamanya sebagai ikon dan hero hoki Malaysia. 

- BERNAMA

No comments: