Saturday 8 June 2013

TRAJEDI JAMBATAN RUNTUH : BUAYA PUTIH PENUNGGU LOKASI....???

Lokasi runtuhan struktur konkrit Jambatan Pulau Pinang Kedua yang runtuh, kelmarin turut dikaitkan dengan beberapa kejadian mistik oleh pekerja pembinaan di kawasan itu selain penduduk tempatan.



Difahamkan, lokasi berkenaan yang menjadi penghubung air sungai dan laut dikatakan menjadi laluan ‘Buaya Putih’ yang disifatkan penduduk sebagai penunggu di kawasan itu.

Menurut seorang pekerja pembinaan yang bertugas sejak kerja awal jambatan dan hanya mahu dikenali sebagai Azmi, lokasi pembinaan itu agak ‘keras’ berbanding lokasi lain.

“Bagi pekerja pembinaan di sini, mereka memang sudah mengetahui lokasi ini agak ‘keras’ berbanding tempat lain.




“Memang kawasan runtuhan konkrit itu bermasalah sejak awal pembinaan dan setiap kali mahu melakukan kerja konkrit ada saja masalah timbul,” katanya.

Menurutnya, ada satu ketika pekerja mahu melakukan kerja konkrit, namun terpaksa memberhentikan kerja berikutan ada takungan air yang tidak dapat dikesan puncanya. SUMBER

No comments: