Wednesday 15 August 2012

NIK AZIZ KECEWA DENGAN NASHARUDDIN....???

NIK AZIZ TAK HAIRAN JIKA NASHA KELUAR PAS....

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak hairan jika Nasharudin Mat Isa keluar daripada parti itu setelah bekas Timbalan Presiden Pas tersebut dilihat bersama Datuk Seri Najib Tun Razak di Makkah, semalam.

"Pelik apa, kalau (Datuk Mohd) Asri (Muda) yang berpuluh tahun menjadi Presiden Pas boleh masuk Umno, jadi Nasharudin juga akan turut berbuat demikian," katanya kepadaBernama di sini, hari ini.

Akhbar hari ini memaparkan gambar Nasharudin menyertai Perdana Menteri dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi.




 Najib: Ulama tersohor Saudi kagum dengan Malaysia 


Nasharudin sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi dalam Pas ekoran menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan Umno-Pas sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada Nik Aziz.

Pada Muktamar Agung Pas tahun lepas, Nasharudin gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden kepada Mohamad Sabu.

Nik Abdul Aziz juga berkata, adalah lebih baik bagi Nasharudin meninggalkan Pas daripada menimbulkan masalah kepada parti.- Bernama


2 comments:

Anonymous said...

Perangai Jeles..dikalangan orang yg bersemadi dengan syaitan... Apa peliknya...

Takut popularity merundum...

Terlalu keiblisan...

Anonymous said...

gila syaitan punya orang politik , bersama-sama jumpa ulama pun ada masih berpegang kepada kepercayaan politik . Inilah contoh kebebasan yang diamalkan oleh Pakatan , takde kebebasan langsung . bodoh dan hipokrit punya penyangak