Friday 27 July 2012

WANITA JEPUN TIDAK LAYAK LAGI DAPAT GELARAN YANG PALING LAMA HIDUP DI DUNIA...!

HIASAN

TOKYO: Wanita Jepun hilang gelaran mereka sebagai yang paling lama hidup di dunia pada tahun 2011 untuk pertama kali sejak lebih 25 tahun, selepas bencana gempa bumi dan tsunami telah mengurangkan jangka haya wanita negara itu sebanyak lima tahun.
Jepun sangat terkenal dengan jangka hayat mereka yang lama, dipengaruhi oleh diet kesihatan secara tradisional dan gaya hidup aktif.


Bagaimanapun, kementerian kesihatan berkata, kematian daripada bencana berganda di negara itu merupakan faktor utama yang mengurangkan jangka hayat bagi perempuan tempatan yang baru diliharkan daripada 86.3 tahun pada 2010 kepada 85.9 tahun.
Wanita Jepun sebelum mendapat gelaran sebagai jangka hayat paling lama di dunia setiap tahun sejak 1985 tetapi perangkaan teralhor telah meletakkan mereka jatuh pada kedudukan kedua selepas Hong Kong, di mana wanitanya boleh mencapai jangka hayat sehingga 86.7, kata kementerian itu.
Ia berkata, wanita Sepanyol berada pada kedudukan ketiga dengan jangka hayat 84.9 tahun diikuti dengan Perancis iaitu 84.8 tahun.
“Kami tidak boleh mengatakan jangka hayat Wanita Jepun akan terus menurun dalam tempoh yang lama kerana Gempa Bumi Terbesar di timur Jepun dilihat sebagai faktor yang berlaku sekali,” katanya.
Jangka hayat lelaki Jepun turut menurun kepada 79.4 tahun, meletakkan golongan itu pada tangga kelapan di dunia. - AFP

No comments: