Friday 13 July 2012

7 MAYAT TANPA KEPALA DITEMUI.....

7 Mayat Tanpa Kepala



CUERNAVACA (Mexico) – Tujuh mayat tanpa kepala ditemui di dalam sebuah kenderaan yang diletakkan di lebuh raya, selatan Mexico, hari ini.
Sejurus penemuan itu, pihak polis menjumpai kepala mayat berkenaan bertaburan di negeri Morelos.
Menurut pejabat pendakwaan negeri Morelos, agen menjumpai mayat yang dipancung itu di dalam sebuah kenderaan SUV yang dilaporkan hilang dan ditinggalkan di lebuh raya berhampiran bandar Jojutla.
“Bagaimanapun, hanya satu kepala ditemui dan diletakkan di atas badan mayat,” menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat berkenaan. – AFP

No comments: