Monday 20 February 2012

JET MEWAH JACKIE CHAN....

Jet Peribadi Jackie Chan Dipamer


JET PERIBADI MILIK JACKIE CHAN DIPAMER DI SINGAPURA



Sebuah jet peribadi milik pelakon dan pengarah terkenal, Jackie Chan dipamerkan pada Pertunjukan Udara Singapura di sini pada minggu lalu.
Jet Legacy 650 itu yang berwarna putih, merah dan kuning diilhamkan daripada mitos haiwan naga dalam kepercayaan bangsa Cina.
Chan menjadi duta syarikat Embraer yang mengeluarkan jet itu.
Jet itu mempunyai 13 kerusi dan berharga AS$31.5 juta (RM95.87 juta), lapor agensi berita AFP semalam.

Ia dipamerkan sebagai sebahagian daripada kempen promosi penjualan oleh syarikat Embraer.
“Asia Pasifik, seperti yang anda ketahui, merupakan satu pasaran yang semakin berkembang,” kata Presiden Embraer, Ernets Edwards.
Asia kini mempunyai bilangan jutawan kedua paling ramai selepas Amerika Syarikat, menurut kajian Pengurusan Kekayaan Merrill Lynch Global dan Capgemini. – Agensi

No comments: