.jpg)
Bapa kepada pengerusi MyWatch R Sri Sanjeevan - yang kini masih dalam keadaan 'kritikal' - berkata bahawa beliau ingin jumpa dengan Ketua Polis Negara (KPN) untuk 'mendedahkan sesuatu'.
"Apabila anak saya pulih saya fikir saya mahu bertemu dengan Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar). Saya perlu mendedahkan sesuatu kepadanya, " P. Ramakrishnan, 64, memberitahu Astro Awani dalam satu perbualan telefon.


