Tuesday 29 April 2014

PAS TIDAK BERANI BAWA DRAF HUDUD KE PARLIMEN BIMBANG DIPERSALAHKAN DAP ???


Masih berkisar tentang cadangan kerajaan negeri Kelantan untuk membentangkan draf undang-undang hudud di Dewan Rakyat.Semua pihak sedia maklum bahawa PAS kini telah memutuskan untuk melaksanakan undang-undang hudud di negeri Kelantan malahan cadangan itu telah di sambut baik oleh para pimpinan UMNO sebelum ini.

Namun seperti kebiasaannya PAS sering kali akan berubah pendiriannya apabila DAP dan PKR bersuara.Telah banyak kali isu sebegini menjadi permainan politik waima dalam waktu pilihan raya sekalipun.Malahan permainan politik berkenaan hudud sering kali menjadi bahan kempen PAS tatkala berdepan dengan rakyat.

Persoalannya sejauh mana PAS benar-benar serius dalam membawa agenda mereka ?

PAS kini sekali lagi perlu berdepan dengan sahabat-sahabat munafiknya PKR dan DAP apabila para pemimpinnya begitu lantang menyatakan bantahan terhadap cadangan hudud.Malah pemimpin DAP secara terang-terangan bukan sahaja menolak tetapi turut mendesak PAS supaya tinggalkan Pakatan Rakyat sekiranya masih berdegil dengan cadangan tersebut.

Di sebabkan tersepit maka PAS kini di lihat terkial-kial mencari sokongan dan ianya semakin rumit memandangkan PAS sebelum ini pernah menyatakan pendirian mereka untuk akur dengan perkara-perkara yang telah di persetujui bersama PKR dan DAP sewaktu membentuk Pakatan Rakyat.

Oleh yang demikian PAS kini di lihat sedang mencari jalan untuk memastikan sekutunya menerima cadangan mereka tentang hudud tetapi dalam masa yang sama perlu memastikan jalinan persahabatan bersama PKR dan DAP dapat terus di pelihara.

Berdasarkan itu banyak pihak kini melihat cadangan tersebut bukan sahaja tidak mampu di teruskan oleh PAS tetapi mereka mula mencari helah dengan cuba mengaitkan UMNO dan kerajaan sebagai pihak yang harus di persalahkan.

Mereka tahu rata-rata orang Melayu dan Islam begitu komited untuk melihat undang-undang ini di laksanakan dan segala janji PAS selama ini perlu di tunaikan , jika tidak PAS sudah pasti akan di label sebagai pencacai DAP dan juga parti yang tidak bermaruah.

Untuk itu Ahli Parlimen Shah Alam , Khalid Samad hari ini menyarankan supaya wakil UMNO sendiri membawa usul perlaksanaan hudud ke Parlimen kononnya sekira UMNO benar-benar menyokong undang-undang tersebut di laksanakan.

Satu kenyataan dangkal lagi bodoh oleh seorang pemimpin PAS apabila cuba menyalahkan UMNO dalam insiden ini.

Kenyataan Khalid itu di lihat sebagai satu lagi permainan politik semata-mata kerana draf hudud di rangka oleh PAS dan dalam keadaan ini mengapa UMNO pula harus di pertanggungjawabkan untuk membawa usul tersebut ?

Apakah PAS mahu mengambil langkah selamat kerana takut di persalahkan oleh DAP ?

Nampak jelas di sini bahawa Khalid hanya mahu melepaskan tengkuknya sendiri sedangkan hakikatnya PAS yang begitu teruja untuk mencadangkan draf undang-undang hudud tersebut.

Seperkara yang harus rakyat faham adalah UMNO dan kerajaan tidak pernah sesekali menolak undang-undang hudud cuma dalam keadaan negara yang sebegini , setiap satu undang-undang yang mahu di laksanakan mestilah mendapat sokongan serta melibatkan semua pihak tanpa meminggirkan mana-mana pihak lain.

UMNO dan kerajaan tahu bahawa terdapat pihak-pihak yang punya kepentingan politik dalam negara yang menentang sebarang perlaksanaan undang-undang tersebut dan kerana itu ianya tidak di jalankan pada masa ini.

Hudud bukanlah satu bentuk undang-undang yang boleh di permain-mainkan kerana asas kepada perlaksanaan undang-undang tersebut adalah untuk menegakkan keadilan.Bagaimana asas itu dapat di capai sekiranya perlaksanaan undang-undang tersebut hanya melibatkan segelintir pihak sahaja dan dalam masa yang sama pihak yang lain tidak terlibat ?

Adakah dengan tindakan sedemikian kita sudah mencapai keadilan yang menjadi asas kepada perlaksaan undang-undang tersebut ?

Khalid Samad perlu di ingatkan bahawa sebagai sebuah negara seperti Malaysia yang punya rakyat pelbagai kaum dan berbilang agama selain di tambah dengan pihak berkepentingan politik yang sentiasa menolak perlaksaannya , keadaan kacau bilau boleh berlaku dan sekiranya itu berlaku apakah kita masih punya asas untuk melihat keadilan itu berlaku ?

Maka di sebabkan itulah kerajaan hari ini tidak melaksanakan undang-undang hudud.

Rakyat perlu sedar bahawa UMNO dan kerajaan tidak pernah menolak hukum Allah tetapi dalam masa yang sama kita sentiasa berusaha untuk merealisasikannya dengan kaedah perkenalan beberapa dasar-dasar yang mana ia di lihat sebagai permulaan kepada sesuatu yang jauh lebih besar.

Sebagai sebuah kerajaan , kita sentiasa berlapang dada kepada setiap satu perubahan yang boleh mendatangkan kebaikan bukan sahaja kepada negara tetapi juga kepada rakyat apatah lagi terhadap agama.Oleh yang demikian apabila PAS mula mencadangkan untuk membentangkan draf undang-undang hudud di Parlimen , maka pemimpin UMNO telah membuka ruang seluas-luasnya kepada PAS untuk meneruskan niat murni tersebut.

Tetapi pada ketika UMNO bersedia untuk menerima pembentangan ini PAS telah di tentang oleh sekutunya sendiri dalam Pakatan Rakyat !

Berdasarkan penerangan di atas , kenyataan Khalid Samad supaya UMNO yang membawa draf undang-undang tersebut ke Parlimen bolehlah di anggap sekadar satu lagi permainan politik murahan PAS.

Selama ini UMNO di tuduh dan di caci dengan pelbagai perkara kononnya tidak mahu melaksanakan undang-undang hudud , kini PAS sendiri rasanya sedar bukan sesuatu yang mudah untuk melaksanakan undang-undang tersebut sekiranya terdapat kelompok mahupun sebahagian daripada mereka yang menentangnya secara terang-terangan.

Melainkan PAS perlu melakukan satu perubahan besar dengan bersatu dengan UMNO melalui apa cara sekalipun untuk mewujudkan satu kumpulan terbesar orang-orang Melayu dan Islam.Setelah itu bersama-sama mendepani segala rintangan untuk memastikan hudud di laksanakan sebagai undang-undang negara Malaysia.

Perlu di ingat sekalipun PAS dan UMNO bersatu , kita juga harus melihat kepada saki baki orang-orang Melayu yang mengaku Islam dalam PKR yang masih menentang perlaksanaan undang-undang tersebut kerana kepentingan politik semata-mata.

Persoalan akhir , adakah Khalid Samad menyokong cadangan undang-undang hudud PAS Kelantan ?

~UtaraNews.com 

No comments: