Friday 27 April 2012

PEGUAM CAP AYAM YANG TIDAK MENGHORMATI MAHKAMAH..!!!

Mengapa Peguam Cap Ayam Tidak Mahu Hormat Mahkamah?

Mahkamah Majistret telah mengeluarkan perintah menghalang penganjur perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 dan orang ramai daripada memasuki lokasi Dataran Merdeka bermula tengah malam ini sehingga 1 Mei.
Pada malam Khamis yang lalu, Majistret Zaki Asyraf Zubir telah membuat perintah tersebut berikutan permohonan menghalang kemasukan orang ramai ke Dataran Merdeka yang dibuat oleh pihak polis.
Rabu lalu, Presiden Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan juga sudah diberi pilihan untuk membuat perhimpunan aman Bersih 3.0 di Stadium Merdeka.
Namun, Ambiga menolak cadangan itu mentah-mentah dengan alasan bodoh kononnya tidak sempat memberitahu semua pengikut Bersih bahawa lokasi telah berubah.
Kalau diberitahu pukul 10 pagi hari Sabtu untuk perhimpunan yang akan bermula 2 petang, mungkin la boleh bagi alasan camtu, ini ada hampir 4 hari.
Seperti biasa, Ambiga lebih berminat untuk terus mewujudkan masalah dengan pihak berkuasa daripada menyampaikan apa yang terbuku di hatinya dengan saluran yang lebih baik.
Ambiga telah menyatakan yang dia akan terus memastikan Bersih 3.0 berlangsung dan tidak akan tunduk kepada perintah mahkamah.
Sebagai seorang peguam walaupun terbukti hanya peguam cap ayam (selepas kalah berdebat dengan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin), Ambiga adalah manusia yang sepatutnya lebih faham kedudukan institusi keadilan negara itu.
Kalau seorang penjual kasut curi di pasar karat tidak faham apakah itu mahkamah dan kedudukannya, maka kita pula boleh faham mengapa dia bersikap demikian.
Namun seorang peguam tidak mahu menghormati perintah mahkamah, maka otak peguam itu sama ada penuh dengan agenda lain atau dia sendiri sebenarnya seorang yang bodoh.
Yang mana satu Ambiga??
***Dah la cap ayam.... mcm mangkuk ayun lak tu...!!! xixixixi

SIAPAKAH PENGKHIANAT NEGARA YANG MENYOROK DI SEBALIK BERSIH ..???!!!

Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan dalam laman web BERSIH.
BERSIH 2.0 bertegas bahawa Pesuruhjaya Pilihan Raya  telah dipertanggungjawabkan untuk membersihkan daftar pemilih. Terdapat lebih dari400,000 pengundi yang disyaki. Nama-nama pengundi yang disyaki ini telah ditemui oleh Malaysian Electoral Roll Analysis Project (MERAP).

Perkara ini mesti diselesaikan sebelum Pilihanraya Umum yang akan datang.

Lebih memeranjatkan lagi, penipuan terus-menerus dirancang. Kerja jahat ini telah diketahui oleh orang ramai. Ianya tidak dapat disorokan lagi. Penipuan ini  telah menerima  teguran  Jawatan Kuasa Pilihan Khas (JKPK) tentang penambahbaikan pilihan raya. Beberapa kes  penipuan yang dirancang jelas kelihatan. Berikut  adalah contoh:

  1. Dalam suku tahun terakhir 2011, tiada kematian dilaporkan di bawah Code 33 di Sabak Bernam, Sungai Besar, Hulu Selangor, dan Tanjong Karang. Namun demikian, banyak sijil kematian telah dikeluarkan di tempat-tempat tersebut pada suku tahun itu. (Suku tahun keempat 2011)
  2. Pendaftaran dua kali ditemui ketika 15,520 pengundi di Sabah dan 8,585 pengundi di Sarawak didaftarkan semula di Selangor. (Suku tahun pertama 2012)
  3. Masih terdapat lebih 15 orang didaftarkan sebagai pengundi dalam sebuah rumah. (Suku tahun pertama 2012)
  4. Di Selangor sahaja, sebanyak 7,841 pengundi didaftarkan di bawah Code 71,  code ini  untuk warganegara dilahirkan di luar negara (Suku tahun pertama 2012). Siapa mereka ini? http://bm.bersih.org/?p=2697

Walaupun pendedahan ini pernah dikeluarkan satu masa dahulu, tapi pendedahan kali ini penting untuk menunjukkan kepada semua rakyat Malaysia, who the real culprit?

Cuba tengok bukti ini, siapa sebenarnya yang bernombor kad pengenalan 71 di Selangor? 









Sudah terang lagi bersuluh, pemimpin PKR dari Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Setiausaha Agung pun adalah golongan yang dipertikaikan oleh BERSIH 3.0. Lebih menjengkelkan adalah kenapa BERSIH 3.0 suruh ahli SPR letak jawatan kerana kod 71? Sepatutnya BERSIH menyuruh Ahli Parlimen di atas letak jawatan kerana menjadi PENGUNDI HANTU!!! Pendedahan yang berikutnya lebih sensasi.



Badrul Amin dan bapanya dilahirkan di Indonesia tetapi telah diangkat begitu tinggi oleh pembangkang dan menafikan hak rakyat Malaysia

Lihatlah bagaimana Badrul Amin dan bapanya juga bukan warganegara. Berikut adalah maklumat SULIT mengenai macam mana Badrul Amin yang lahir di Indonesia dan tarikh dia menjadi warganegara Malaysia.


Tempat Lahir : Indonesia 
No. Sijil Warganegara : 570294

Tarikh Menjadi Warganegara : 29 September 1978.

Apa yang lebih teruk lagi adalah pembangkang dan BERSIH mempertikaikan pengundi berkod 71 seramai 7841 tetapi membenarkan wak Indon macam Badrul Amin bukan sahaja bertanding sebagai calon pembangkang beberapa kali, tetapi melantik Wak Indon Badrul Amin sebagai Pengarah Penerangan Kerajaan Selangor berpangkat JUSA dan menafikan hak rakyat Selangor untuk menjawat jawatan tersebut.


Tidak hairanlah kenapa pemimpin-pemimpin PKR di atas tidak menghormati SPB YDP Agong semasa perlantikan baginda. Kerana mereka bukanlah rakyat Malaysia. Kesetiaan mereka juga bukan kepada Malaysia. Sebagai bukti, Saifuddin Nasution telah mengadakan perjumpaan sulit bersama pegawai kedutaan Singapura, negara kelahiran Saifuddin untuk merangka strategi ketika Pilihan Raya Kecil Bukit Selambau.

Perbincangan Saifuddin Nasution dengan Walter Chia, pegawai kedutaan Singapura

Itu baru PKR, PAS juga ada kaitan dengan pengkhianat negara seperti ini. Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah yang sebelum ini Pesuruhjaya PAS Sabah juga lahir di Indonesia. Ketua Pemuda PAS yang bernama Lahiru Latigu (nama pun dah tau bukan nama orang Malaysia) juga lahir di Indonesia.

Sebagai penutup, mari kita tengok gambar si pengkhianat negara ini berselindung di sebalik BERSIH.



BERSIH ADALAH TEMBERANG AMBIGA....!!!

BERIKUT ADALAH JAWAPAN LENGKAP KEPADA TEMBERANG AMBIGA MELALUI BERSIH 3.0, SEBAGAIMANA YANG DIPAPARKAN DI MYNEWSHUB....





Andai anda memilih untuk tetap tidak menerima jawapan kepada sesuatu isu itu, maka anda harus bertanya pada diri sendiri...aku mencari jawapan atau aku memang nak cari pasal aje?.
Persoalan itu penting kerana petang esok akan berlangsung Bersih 3.0 dengan penjenamaan terkini, Duduk Bantah.
Apa yang hendak dibantah? Jawapan kepada semua yang dibantah itu ada kami sediakan di bawah. Ia diperoleh dari laman web rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Respon yang akan kami terima untuk menyiatkan jawapan berkenaan pastinya ialah Admin adalah pencacai UMNOngok, Mynewshub dibayar, lembu dan sebagainya.
Kepada respon ini, kami pun tak ingin nak cakap apa-apa.
Kerana kalau anda penyokong pembangkang, maka anda tetap tidak akan menerima apa pun yang diperjelaskan bukan?
Dan, jangan gunakan alasan Bersih adalah untuk rakyat.
Bersih bukan untuk rakyat dan bukan kebangkitan rakyat, kebangkitan rakyat adalah seperti di Mesir dalam siri Arab Spring di mana hampir keseluruhan rakyatnya yang begitu muak, bangkit di seluruh negara.
Mati seorang, sepuluh lagi tampil ke hadapan. Mati sepuluh orang, 100 lagi tampil, mati seratus…anda kiralah sendiri berapa yang tampil.
Itu kebangkitan rakyat bila rasa jemu dan sakit hati sampai ke tahap mati pun matilah.Anda mahukah mati untuk Bersih?
Bersih sebaliknya adalah alasan untuk penyokong pembangkang berhimpun bagi mencerminkan fahaman mereka iaitu kerajaan yang ada kini, adalah zalim dan jahat.
Bersih bukan untuk rakyat, ia adalah untuk pembangkang mencapai matlamat akhir, menyakinkan seramai mungkin anggota masyarakat untuk menentang kerajaan yang ada.
Dan dalam Bersih 3.0, penulis yakin kita akan menyaksikan skrip yang sama, ini untuk kebaikkan rakyat, polis telah bertindak zalim, ahli yang menyertai demo telah dipukul, keganasan berlebihan polis, gas pemedih mata dan sebagainya.
Semuanya akan digarap untuk menzahirkan rakyat ditindas dan suara mereka disenyapkan. Benarkah?
Persoalan berkaitan pilihan raya hanyalah platform yang bagus untuk menzahirkan kerajaan itu zalim.
Jadi, jawablah macam mana pun isu yang dibangkitkan, kalau di hati sudah bertekad mahu turun ke Dataran Merdeka, maka tidak ada gunanya.
Bagaimanapun, ambil sedikit masa dan baca semua jawapan yang disediakan SPR di bawah. Selepas itu terpulang pada diri sendiri untuk menjawab soalan aku mencari jawapan atau aku memang nak cari pasal aje?.
Dan jangan lupa, kerajaan juga telah menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya, di mana sebahagian besar syor dan usul Bersih telah dan sedang dilaksanakan.
Dakwaan 1:
SPR telah sengaja membetulkan sempadan kawasan pilihan raya DUN dan Parlimen tanpa kelulusan Parlimen bertujuan meramaikan pengundi di satu-satu kawasan bagi membolehkan Barisan Nasional beroleh kemenangan pada PRU Ke-13 nanti
Dakwaan tersebut merupakan suatu fitnah dan tidak berasas sama sekali. SPR tidak pernah melakukan apa-apa perubahan terhadap sempadan kawasan atau bahagian pilihan raya sama ada DUN atau pun Parlimen kerana urusan berkenaan hanya dapat dilakukan apabila tiba masanya mengikut peruntukan Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan. SPR telah pun mengeluarkan pengumuman bahawa urusan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya hanya akan dijalankan apabila tiba masanya selepas PRU-13. SPR akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan perkara tersebut apabila tiba masanya nanti.
Apa yang sebenarnya berlaku sebelum ini mengikut peruntukan kuasa di bawah sub peraturan 25(3) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, melalui kuasa Ketua Pendaftar, ialah tindakan SPR membetulkan Lokaliti yang mengandungi nama-nama pemilih yang telah tersalah letak sebelumnya iaitu semasa proses penetapan kedudukan Lokaliti (sebelum 2004) yang dibuat secara manual. Oleh kerana kedudukan Lokaliti berkenaan telah tersalah letak, maka selaras dengan peruntukan undang-undang SPR perlu membetulkan kedudukan Lokaliti tersebut di dalam bahagian pilihan raya yang sepatutnya pemilih di dalam Lokaliti berkenaan didaftarkan.
SPR menyedari kedudukan beberapa Lokaliti yang tersalah letak di dalam bahagian pilihan raya hanya selepas Sistem EGIS (Electoral Geographical Information System) digunapakai dalam tahun 2004. Melalui peruntukan kuasa yang ada, SPR telah membuat pembetulan kedudukan Lokaliti yang tersalah letak di seluruh negara yang melibatkan jumlah pemilih seramai 19,342 orang. Pemilih-pemilih mengikut Lokaliti-lokaliti berkenaan perlu ditempatkan di dalam kawasan pilihan raya yang sebenarnya seperti yang wujud di lapangan. Perlu ditekankan bahawa pembetulan Lokaliti-lokaliti yang dibuat itu tidak sama sekali melibatkan perubahan kepada mana-mana garis sempadan bahagian pilihan raya sama ada DUN ataupun Parlimen. Sebaliknya dengan pembetulan kedudukan pemilih mengikut Lokaliti yang terlibat maka mereka akan mengundi di dalam bahagian pilihan raya yang betul mengikut kedudukan alamatnya di dalam Daerah Mengundi dan DUN yang sebenarnya.
Selepas tindakan pembetulan Lokaliti berkenaan dibuat, SPR telah memaklumkan secara rasmi melalui surat pemberitahuan yang dialamatkan kepada semua pemimpin parti politik di dalam bahagian-bahagian pilihan raya yang berkenaan. SPR beranggapan parti-parti politik melalui pemimpin-pemimpin mereka di peringkat Daerah Mengundi dan DUN menyedari tindakan SPR tersebut dan seterusnya memaklumkan kepada pemilih-pemilih yang terlibat di kawasan masing-masing. Tetapi ramai pemilih yang memberi maklumbalas kepada SPR mereka tidak menyedari telah berlaku pembetulan kedudukan nama mereka mengikut Lokaliti di mana mereka didaftarkan. Oleh yang demikian, dalam menghadapi PRU-13 akan datang, SPR akan menulis surat pemberitahuan perkara tersebut kepada semua pemilih yang terlibat di semua kawasan yang berkenaan di seluruh negara.
Justeru, SPR ingin menegaskan sekali lagi bahawa dengan tindakan membetulkan kedudukan nama pemilih di dalam Lokaliti berkenaan iaitu dengan meletakkannya di dalam bahagian pilihan raya yang sebenar mengikut kedudukan di lapangan, ia sama sekali tidak melibatkan apa-apa perubahan kepada garis sempadan kawasan atau bahagian pilihan raya sama ada DUN ataupun Parlimen. Mana-mana pihak yang ingin mendapat penjelasan secara lebih lanjut berhubung dengan perkara ini, mereka bolehlah menghubungi mana-mana Pejabat SPR yang berkenaan.
Dakwaan 2:
Kawasan mengundi YAB Tan Sri Abd Khalid bin Ibrahim telah dipindahkan secara tidak sah oleh SPR
Dakwaan yang mengatakan bahawa kawasan mengundi bagi YAB Tan Sri Abd Khalid bin Ibrahim telah dipindahkan secara tidak sah oleh SPR adalah tidak benar dan tidak berasas. SPR telah memberi penjelasan terperinci kepada Ahli-Ahli Parlimen pada 16 April 2012 berhubung perkara ini. Walaubagaimanapun perkara ini terus diputar belit untuk mengelirukan orang ramai yang tidak faham tentang isu pembetulan kedudukan Lokaliti di dalam sesuatu Daerah Mengundi yang terletak di dalam kawasan DUN dan Parlimen.
Apa yang sebenarnya berlaku di dalam kes yang melibatkan alamat dalam Lokaliti YAB Tan Sri Abd Khalid bin Ibrahim ialah SPR hanya membuat pembetulan kedudukan Lokaliti yang telah tersalah letak di dalam kawasan pilihan raya. Proses ini dijalankan mengikut Peruntukan sub peraturan 25(3) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih 2002).
YAB Tan Sri Abd Khalid bin Ibrahim telah mendaftar sebagai pemilih pada 1/1/1985 dengan menggunakan alamat Jalan 16/2, Seksyen 16, Petaling Jaya, Selangor. Semasa pendataan borang pendaftaran tersebut, petugas SPR telah meletakkan alamat Lokaliti beliau iaitu Jalan 16/2 di dalam kawasan DUN N.34 Bukit Gasing /Parlimen P.105 Petaling Jaya Selatan iaitu berdasarkan kepada alamat di dalam borang pendaftaran tersebut.
Pada masa itu SPR tidak menyedari bahawa di lapangan yang alamat Lokaliti Jalan 16/2 itu adalah sebenarnya terletak di dalam Wilayah Persekutuan di mana Jalan Datuk Abu Bakar merupakan sempadan rasmi antara negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Lokaliti Jalan 16/2 di mana YAB Tan Sri Abd Khalid bin Ibrahim berdaftar sebenarnya berada di dalam kawasan Parlimen P.121 Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan. Apabila sistem EGIS dilaksanakan SPR mula menyedari kesilapan penentuan kedudukan Lokaliti berkenaan. Maka selaras dengan tindakan pembetulan Lokaliti yang sedemikian di kawasan-kawasan lain di seluruh negara, SPR juga membuat pembetulan kedudukan Lokaliti terhadap Lokaliti Jalan 16/2 Seksyen 16, Petaling Jaya. Di atas muka bumi, Lokaliti tersebut sebenarnya terletak di kawasan Parlimen P.121 Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan. Ianya sama sekali tidak melibatkan apa-apa perubahan kepada garis sempadan kawasan pilihan raya sama ada DUN atau pun Parlimen. Bagi mana-mana pihak yang ingin mendapat penjelasan lanjut berhubung dengan perkara tersebut, mereka bolehlah datang ke Ibu Pejabat SPR atau Pejabat SPR Negeri Selangor atau Pejabat SPR Wilayah Persekutuan.
Dakwaan 3:
SPR gagal membersihkan daftar pemilih. Seramai 42,051 pengundi awam ragu masih berada dalam daftar pemilih SPR hingga sekarang
Sebagai langkah yang berterusan untuk membersihkan Daftar Pemilih, SPR telah menghantar Daftar Pemilih Induk (DPI) yang melibatkan kesemua nama 12.5 juta pemilih berdaftar kepada pihak JPN pada bulan Julai 2011 untuk semakan secara menyeluruh bagi tujuan pengesahan dan pembersihan. Pada bulan September 2011, pihak JPN telah memberi maklum balas kepada SPR bahawa dari jumlah 12.5 juta tersebut, terdapat sebanyak 42,051 nama-nama pemilih yang tidak memiliki maklumat yang jelas dan sahih. Ini bermakna nama-nama 42,051 pemilih berdaftar berkenaan ada di dalam rekod di JPN, tetapi masalahnya mereka tidak dapat dihubungi untuk diminta datang mengemaskini status terkini kedudukan mereka kerana ketiadaan alamat yang jelas. Di waktu yang sama mereka juga telah tidak datang ke mana-mana pejabat JPN untuk mengemaskinikan status mereka.
Oleh yang demikian, SPR membuat keputusan mengkategorikan 42,051 nama-nama berkenaan sebagai pemilih awam di bawah status yang diragui kesahihannya disebabkan ketiadaan maklumat yang terkini tentang status mereka.
Berikutan itu, sebagai langkah yang betul serta bagi menjamin hak rakyat selaku pemilih berdaftar yang dijamin di bawah Perlembagaan, SPR tidak boleh memotong nama-nama mereka dari daftar pemilih sewenang-wenangnya tanpa pengesahan dari jabatan yang berwajib iaitu JPN. SPR sebaliknya mengambil inisiatif untuk mempamerkan kesemua 42,051 nama berkenaan selama tiga bulan untuk memberi peluang kepada orang ramai khususnya pemilih untuk tampil mengemaskinikan maklumat mereka di JPN dan SPR supaya nama mereka dapat dikemaskini atau dikeluarkan daripada senarai pemilih awam ragu tersebut.
Dalam tempoh pemeran itu juga, SPR telah turut mengedarkan nama-nama berkenaan kepada Ibu Pejabat semua parti politik utama serta pemimpin-pemimpin politik di peringkat Parlimen dan DUN yang berkenaan di seluruh negara untuk mendapat bantuan dalam usaha mencari pengesahan dan maklum balas berhubung dengan kedudukan alamat dan status terkini pemilih-pemilih yang berkenaan.
Bagaimanapun, di sepanjang tempoh tiga bulan pemeran tersebut berlangsung, sambutan yang diterima oleh SPR sama ada dari parti-parti politik atau orang ramai amat dingin. Pada 28 Mac 2012, pihak JPN telah memberi maklum balas kepada SPR bahawa melalui semakan yang terperinci dan berterusan oleh pihak mereka, jumlah pemilih yang diragui itu telah berkurangan kepada 40,803 orang. Ini berikutan terdapat di kalangan mereka yang tampil ke JPN untuk mengemaskini maklumat kad pengenalan mereka manakala yang lain terdapat waris-waris yang tampil dengan membawa bukti kepada JPN mengenai kematian ahli keluarga atau saudara mara mereka.
Undang-undang SPR tidak membenarkan mana-mana nama dalam daftar pemilih dipotong sewenang-wenangnya tanpa pengesahan oleh pihak JPN. Oleh yang demikian, nama 40,803 pemilih awam ragu tersebut perlu terus kekal berada di dalam daftar pemilih bagi menjamin hak mereka yang dilindungi di bawah Perlembagaan Persekutuan. SPR hanya memotong nama-nama mereka daripada daftar pemilih setelah mendapat pengesahan secara rasmi dari pihak berwajib iaitu JPN sama ada mereka telah meninggal dunia atau hilang taraf kewarganegaraan, atau hilang kelayakan atas sebab-sebab lain seperti yang diperuntukkan di bawah PerlembagaanPersekutuan. Oleh yang demikian, selagi pengesahan muktamad tidak diperolehi dari pihak JPN, kesemua nama 40,803 pemilih berkenaan perlu dikekalkan di dalam Daftar Pemilih Induk.
Dakwaan 4:
SPR telah mendaftar pemilih yang terdiri daripada warga asing yang telah mendapat taraf warganegara
Hanya warganegara Malaysia sahaja yang layak dan berhak untuk menjadi pengundi dalam pilihan raya di negara ini. Mereka yang bukan warganegara mustahil akan dapat mendaftar sebagai pengundi. Sesiapa sahaja warganegara Malaysia dan berumur 21 tahun dan ke atas yang memohon untuk di daftarkan sebagai pemilih, permohonan mereka akan diproses sewajarnya melalui sistem komputer dan mengikut tatacara pemerosesan yang ditetapkan di bawah undang-undang. Justeru itu, tidak timbul persoalan tentang siapa atau apa jua latar belakang seseorang warganegara itu apabila ia memohon untuk menjadi pemilih kerana yang menjadi asas kelayakan ialah seseorang itu mestilah terdiri daripada warganegara Malaysia dan telah mencapai umur 21 tahun dan ke atas serta memenuhi apa-apa syarat kelayakan lain yang ditetapkan di bawah Perlembagaan.
Dakwaan 5:
Masih ramai pemilih berusia lebih 100 tahun berada dalam daftar pemilih SPR
Pemotongan nama seseorang pemilih berdaftar hanya dapat dibuat atas dua sebab iaitu pertama, pemilih telah meninggal
dunia mengikut pengesahan rekod di JPN dan kedua, pengesahan hilang kelayakan sebagai pengundi berdasarkan bukti pengesahan dari jabatan-jabatan yang berwajib. Justeru itu, walaupun umur seseorang pemilih itu telah melangkaui 100 tahun, undang-undang tidak membolehkan SPR untuk memotong nama mereka sewenang-wenangnya atas anggapan bahawa mereka mungkin telah meninggal dunia. Jikalau ada mana-mana pihak yang mengetahui dan dapat membuktikan bahawa terdapat waris mereka yang telah meninggal dunia, SPR berharap mereka tampil ke JPN untuk mengemaskinikan rekod kematian waris berkenaan. Dalam soal pengesahan rekod kematian seseorang warganegara, SPR terpaksa bersandarkan kepada maklumat yang sahih daripada pihak JPN bagi mengelak penipuan atau sebagainya.
Dakwaan 6:
Daftar pemilih SPR kotor kerana mengandungi ramai pemilih yang didaftarkan di satu-satu alamat
Tanggapan umum terhadap kajian MIMOS bahawa terdapat ramai pemilih yang berdaftar secara berkelompok di satu-satu alamat adalah tidak tepat. Apa yang berlaku ialah pihak MIMOS telah tersalah tafsir dengan menganggap pemilih yang mendaftar dalam suatu kawasan Lokaliti yang sama sebagai pendaftaran di satu alamat yang sama.
Hakikatnya ialah apa yang dilakukan oleh SPR adalah untuk membolehkan merekayang mendaftar dapat ditentukan Daerah Mengundi dan Pusat Mengundinya. Untuk itu, SPR menetapkan dasar dengan merangkumkan beberapa alamat pendaftaran tersebut di dalam sebuah Lokaliti. Dalam peta pilihan raya, Lokaliti adalah unit yang terkecil yang mengandungi beberapa alamat, dan kemudiannya melalui beberapa Lokaliti dibentuk menjadi Daerah Mengundi dan daripada beberapa Daerah Mengundi pula terbentuknya bahagian pilihan raya DUN dan seterusnya menjadi bahagian pilihan raya Parlimen.
Sebagai contoh, di Lokaliti Kampung Melayu Majidee di Johor, yang telah dianggap sebagai satu alamat yang mempunyai lebih daripada 100 pemilih, di Lokaliti berkenaan sebenarnya terdapat berpuluh-puluh alamat lengkap dan yang tidak lengkap. Alamat-alamat tersebut kemudiannya disatukan sebagai satu Lokaliti iaitu Lokaliti Kampung Melayu Majidee. Hal ini telah disalah tafsir oleh MIMOS sebagai satu alamat, walhal ia sebenarnya adalah merupakan satu Lokaliti dalam Daerah Mengundi.
Dakwaan 7:
Berlaku peningkatan pengundi secara yang mendadak di beberapa kawasan yang diwakili calon pembangkang
Langkah SPR secara agresif menjalankan promosi menyeru rakyat mendaftar sebagai pengundi, ditambah pula dengan suasana semasa yang hampir dengan PRU-13 merupakan faktor utama yang menyebabkan pendaftaran pemilih mencatatkan peningkatan yang tinggi sehingga suku tahun keempat tahun 2011. Peningkatan jumlah pendaftaran telah berlaku secara menyeluruh di semua bahagian pilihan raya di seluruh negara. Walaubagaimanapun, terdapat bahagian-bahagian pilihan raya yang mencatat peningkatan yang lebih tinggi daripada yang lain seperti yang berlaku di beberapa negeri dan di beberapa bahagian pilihan raya tertentu.
Perkara ini tidak harus dipertikaikan kerana sehingga Jun 2011, masih terdapat sejumlah 3.7 juta warganegara Malaysia yang layak tetapi belum mendaftar sebagai pengundi. Jumlah mereka yang belum mendaftar yang tertinggi mengikut negeri ialah di negeri Selangor diikuti dengan Wilayah Persekutuan, Johor, Perak dan lain-lain. Maka, jika peningkatan pendaftaran yang tinggi berlaku di negeri Selangor, itu adalah sesuatu yang selari dengan fakta di mana seramai 750,000 warga yang masih belum mendaftar sehingga Jun 2011 adalah terdiri daripada warga Selangor.
Di sesetengah bahagian pilihan raya peningkatan jumlah pendaftaran telah berlaku dalam kadar yang tinggi dengan peratusan melebihi 30 peratus berbanding dengan kedudukan bilangan pemilih pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (2008). Ini termasuklah kawasan-kawasan seperti P.107 Subang (34%), P.158 Tebrau (34%), P.111 Kota Raja (33%), P.086 Pekan (33%), dan P.032 Gua Musang (30%).
Pertambahan jumlah pendaftaran pengundi ini bukanlah satu perkara yang dirancang oleh SPR bagi tujuan tertentu sepertimana yang didakwa oleh beberapa pihak. Sebaliknya ianya berlaku disebabkan masih terlalu ramai mereka yang layak mendaftar sebagai pemilih di seluruh negara, termasuk Selangor, yang belum mendaftar sebagai pemilih. Ekoran dari promosi pendaftaran yang agresif dan berterusan, mereka mula sedar dan tampil mendaftar secara besar-besaran melalui pejabat-pejabat pos dan penolong-penolong pendaftar yang dilantik oleh SPR di seluruh negara.
Dakwaan 8:
SPR sengaja menambah ramai petugas yang akan mengundi secara pos pada PRU Ke-13 nanti
Sub peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 memperuntukkan kepada mana-mana Pegawai Pilihan Raya yang menjalankan tugas pada hari pengundian boleh memohon untuk mengundi secara pos. Justeru, melalui peruntukan tersebut petugas-petugas SPR dibenarkan membuat permohonan kepada Pegawai Pengurus di kawasan masing-masing untuk mengundi secara pos.
Bagaimanapun, tidak kesemua petugas SPR akan mengundi secara pos. Bagi mana-mana petugas yang bertugas di Pusat Mengundi di mana dia adalah pemilih berdaftar di kawasan berkenaan, petugas tersebut biasanya akan mengundi secara pengundian biasa, sama seperti pemilih awam yang lain. Demikian juga, sekiranya seseorang petugas SPR itu bertugas di sebuah Pusat Mengundi yang berdekatan dengan Pusat
Mengundi lain di mana nama beliau berdaftar di kawasan berkenaan, beliau akan diberi kelonggaran untuk pergi mengundi sebagai pengundi biasa di Pusat Mengundi berkenaan.
Adalah menjadi amalan SPR untuk melantik seseorang petugas dari kalangan mereka yang datang dari sesuatu kawasan di mana mereka mendaftar sebagai pemilih. Ini akan membolehkan mereka mengundi sebagai pengundi biasa pada hari pengundian. Bagaimanapun perlu disedari untuk pilihan raya umum, SPR perlu melantik jumlah petugas yang ramai. Justeru itu, amatlah sukar untuk SPR memastikan mereka yang dilantik itu terdiri daripada pemilih di kawasan mereka bertugas.
Dakwaan 9:
SPR gagal memastikan akses media yang saksama kepada semua pihak semasa berlangsungnya sesuatu pilihan raya
Kuasa untuk mengawal media semasa pilihan raya tidak terletak di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab SPR. Apatah lagi bagi media milik swasta yang mempunyai dasar dan pendekatan berbeza berhubung dengan sokongan dan sikap mereka terhadap isu-isu yang berbangkit tentang pilihan raya. Justeru, mereka bebas untuk membuat laporan mengikut selera dan kepentingan mereka.
SPR tidak diperuntukkan kuasa bagi mengawal mana-mana media supaya menyediakan akses yang saksama kepada semua pihak yang bertanding dalam pilihan raya.
Walaubagaimanapun, untuk PRU-13, SPR akan berbincang dengan pihak yang berkenaan dalam usaha untuk mewujudkan ruang dan akses yang saksama terhadap media awam kepada semua pihak yang bertanding dalam pilihan raya. Selain itu SPR juga akan berbincang dengan beberapa pemilik media swasta utama (media elektronik dan media cetak) untuk mendapatkan kerjasama mereka dalam usaha mewujudkan akses media yang saksama kepada semua parti politik dan calon yang bertanding.
Dakwaan 10:
Isu isteri anggota tentera mendaftar sebagai pengundi pos
Peraturan 3 (1)(a) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 menetapkan isteri atau suami kepada anggota angkatan tentera adalah berhak mengundi secara pos. Justeru itu, pertikaian terhadap kedudukan pasangan tentera mengundi secara pos tidak sewajarnya berbangkit.
Untuk PRU-13 akan datang, golongan tersebut yang dikategorikan sebagai pengundi tidak hadir, dan berhak mengundi secara pos, SPR akan memperkenalkan kaedah Sistem Pengundian Awal untuk mereka. Isteri atau suami kepada anggota angkatan tentera akan mengundi awal di Pusat-pusat Mengundi Awal yang akan dibuka dan diuruskan oleh pegawai-pegawai SPR di dalam kem di mana mereka didaftarkan sebagai pengundi.
Bagaimanapun, bagi mereka yang terlibat dengan operasi, mereka boleh memohon untuk mengundi secara pos.
Dakwaan 11:
Isu anggota polis dan pasangan didaftarkan sebagai pengundi pos
Mengikut Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003, anggota polis dan pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) adalah golongan yang layak mengundi secara pos. Perkara ini disebut dengan jelas di bawah sub peraturan 3(1)(c) undang-undang tersebut. Prosedur memproses permohonan pendaftaran pengundi pos bagi anggota polis di buat secara teliti bagi mengelak berlakunya pendaftaran berganda di kalangan mereka di mana nama seseorang pengundi pos berkenaan tidak akan wujud di dalam senarai pengundi awam.
Seperti juga dengan anggota tentera, anggota polis juga akan mengundi secara pengundian awal pada PRU-13 nanti. Bagaimanapun, bagi mereka yang terlibat dengan tugasan operasi, mereka bolehlah memohon untuk mengundi secara pos.
Justeru itu, pertikaian terhadap kedudukan anggota polis dan pasangan PGA didaftarkan sebagai pengundi pos tidak seharusnya ditimbulkan.
Dakwaan 12:
Isu pengundi hantu
Isu “pengundi hantu” yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu telah berkali-kali diperjelaskan oleh SPR sebelum ini bahawa pengundi hantu tidak wujud di dalam pilihan raya di negara ini. Pada SPR, dakwaan “pengundi hantu” adalah satu tohmahan yang sengaja diadakan oleh pihak-pihak tertentu bermotifkan politik serta bertujuan untuk memburukkan imej SPR di mata umum. Hakikatnya tohmahan tersebut tidak pernah dibuktikan oleh mana-mana pihak samaada di mahkamah atau di luar mahkamah.
Dalam sejarah pilihan raya di negara ini, isu pengundi hantu tidak pernah terbukti dalam mana-mana petisyen pilihan raya yang di failkan di mahkamah selepas pilihan raya.
Semasa pilihan raya, apa yang berlaku ialah terdapat pemilih berdaftar yang telah tidak bermastautin di alamat tempat beliau mendaftar sebagai pemilih. Apabila tiba pilihan raya, pemilih berkenaan balik mengundi di tempat beliau telah mendaftar sebagai pemilih. Oleh yang demikian, pemilih berkenaan adalah seorang pengundi yang sah dari segi undang-undang, bukannya “pengundi hantu” sebagaimana yang sering didakwa oleh pihak yang menuduh SPR sengaja membiarkan nama-nama pengundi berkenaan di kekalkan di dalam daftar pemilih. Walaupun mereka tidak bermastautin di dalam kawasan pilihan raya berkenaan.