KOTA KINABALU : Polis akan bertindak tegas terhadap mana-mana individu termasuk anggota polis yang terlibat menyebarkan maklumat mengenai kehadiran pengebom berani mati dari kumpulan Abu Sayyaf di sekitar negeri dan bandar raya ini.
Pihak Hospital Sungai Buloh akan melakukan siasatan berhubung dakwaan layanan buruk jururawat terhadap wanita yang sarat untuk melahirkan anak susulan beberapa keping gambar didakwa memaparkan mereka tidur di lantai wad bersalin hospital itu.
Maklumat yang terkandung dalam satu surat pekeliling Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengenai kehadiran pengebom berani mati di negara ini, adalah berdasarkan maklumat risikan dalaman polis supaya semua anggotanya sentiasa mengambil tindakan proaktif.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow menggesa Kerajaan Negeri mendedahkan kepada umum semua perjanjian mengenai projek tebus guna tanah sekarang, jika kerajaan negeri begitu yakin bahawa terma mereka adalah jauh lebih baik untuk rakyat daripada terma yang dipersetujui oleh pentadbiran sebelumnya.
Rosak dah PKR ni, sanggup buat apa sahaja demi Anwar Ibrahim termasuk menggadai kedaulatan negara dan maruah pejuang-pejuang yang terkorban si Lahad Datu.